Hari terakhir di bumi penjajah ini, dah nak balik Malaysia pun hari ni...terasa excited plak nk balik Malaysia. tapi rasa sedih pun ada, masa bercuti telah tamat, masa untuk kembali ke 'DUNIA NYATA'...arghhh tensionnya.
Ke mana kami di hari terakhir ini?
Hari ni aku, Su & Mas ambil keputusan dah xnak merayau2 lagi, korg just plan nak shopping skit kt pasaraya OK di Ikuta ni. Target nak beli chocolate2 rare, yang tak mungkin dapat kalau kt Malaysia. Pagi pun kami bangun agak lambat, duk melayan mata dan badan yang kepenatan sebab merayau semalam sampai lewat malam. Fyad, Muazah and Alai dh keluar pagi2 untuk ke _____. Alamak lupa plak nama tempat tu, tp kt tempat tu tempat jual barang2 2nd hand, yang tentunya harganya murah. Awalnya aku pun nak ke sana tapi fikirkan poket pun dah nipis, so xjadi la ikut dorg.
Agak tengah hari, baru kami keluar dari rumah Fyad menuju ke pasaraya OK, sblm Fyad keluar td dah tanya direction dah pada dia camner nak ke sana. Kami hanya berjalan kaki ke pasaraya OK, sambil menyelusuri kawasan kediaman warga2 Jepun, Jalan raya dan lorong di kawasan Ikuta ini sungguh tenang, tak banyak pun kenderaan yang lalu lalang, kami melalui kawasan dewan masyarakat, taman bunga, padang, sekolah, kawasan parking kerete, untuk info semua kawasan rumah di Jepun mempunyai keluasan yang terhad, so kebanyakan rumah tak ada car garage, untuk parking kereta, mereka perlu menyewa tapak di kawasan parking kereta yang biasanya dibina berhampiran dengan kediaman mereka. Memiliki kereta di bumi Jepun ini sangat mahal kosnya, nak park kereta pun kena bayar sewa, mungkin kerana ini ramai warganya yang lebih memilih untuk hanya mengunakan perkhidmatan awam sahaja. Lebih mudah dan murah, lagi satu yang paling penting, perkhidmatan yang reliable dan sangat menepati waktu, jarang berlalu kelewatan daalam schedule train, dan jumlah trip train sehari juga banyak.
Su and Mas..dan kami menuju ke pasaraya OK..jom borong chocolate
Kereta2 mewah yang kami temui sepanjang perjalanan ke pasaraya OK...kete2 mahal ni park open air jer, owner duk flat jer...kt Malaysia ader..??
Rumah2 di sekitar kawasan Ikuta, di Shinbata No.3 Mansion tu la letaknya rumah Fyad, tempat kami menumpang sepanjang di Tokyo.
Sampai di pasaraya OK, terus menuju ke bahagian chocolate, masing2 amik berbungkus2 chocolate untuk di bawah pulang, pilihan utama tentula jenama2 dan perisa yang x akan dijumpai di Malaysia, paling banyak kami beli chocolate brand Meiji dan kit kat perisa green tea, ada juga yang beli kit kat wasabi. Dah dapat chocolate yh di ingini, kami ke bahagia makan sejuk pula, mengambil beberapa jenis Sushi, roti dan air. Selesai itu ke kaunter bayaran, terpaksa guna card credit sebab cash dah xbanyak, nasib baik pasaraya OK ni terima bayaran guna card. Satu yang menarik, setelah selesai pembayaran kami tidak di berikan plastik, tetapi di sediakan satu area yang menempatkan kotak2 recycle yg boleh digunakan untuk membungkus barang2 yang di beli. Urusan pembungkusan hendaklah dilakukan sendiri oleh pelanggan. Settle semua kami meninggalkan pasayara OK dan berjalan kembali menuju ke rumah Fyad. Sampai di taman awam di belakang bangunan rumah Fyad, kami berhenti seketika, lepak di situ sambil menikmati sushi, roti dan air yang di beli ke OK tadi. Agak lama jugak kami habiskan masa di taman itu sebelum kembali ke rumah Fyad.
Bila kembali ke rumah Fyad, sesi packing pun bermula, baru sedar banyak giler barang2 yang nak kena angkut, menyebabkan aku akhirnya terpaksa share dengan Su untuk tambah extra luggage. Tak lama kemuadia Fyad, Muazah & Alai balik, dan semua sibuk mengemas luggage masing2. Dalam jam 6 petang kami semua bergerak meniggalkan rumah Fyad untuk menuju ke Haneda Airport.

Urusan ke Haneda Airport dan urusan check in tidak mengalami apa-apa masalah besar, hanya sewaktu aku melalui gate scanning, terlupa tanggal seat belt, so alarm berbunyi, dan aku terpaksa melalui procedure 100% checking. Tapi akhirnya lepas, alhamdullillah.
Maka dengan ini berakhirlah kembara bumi Jepun aku bersama #backpackerstegar.
Kompilasi Nippon Trip:
Lepak kat taman after puas shopping, tgk mas tu, satu beg barang dia shopping chocolate.
Bila kembali ke rumah Fyad, sesi packing pun bermula, baru sedar banyak giler barang2 yang nak kena angkut, menyebabkan aku akhirnya terpaksa share dengan Su untuk tambah extra luggage. Tak lama kemuadia Fyad, Muazah & Alai balik, dan semua sibuk mengemas luggage masing2. Dalam jam 6 petang kami semua bergerak meniggalkan rumah Fyad untuk menuju ke Haneda Airport.

Kami bergambar bersama Fyad di Ikuta Station, sebelum mengucapkan selamat tinggal
Dari Ikuta kami ke Shin-Yurigaoka Sta. untuk mengambil bas ke Haneda Airport
Urusan ke Haneda Airport dan urusan check in tidak mengalami apa-apa masalah besar, hanya sewaktu aku melalui gate scanning, terlupa tanggal seat belt, so alarm berbunyi, dan aku terpaksa melalui procedure 100% checking. Tapi akhirnya lepas, alhamdullillah.
Haneda Airport - Bersedia untuk pulang...bye2 Japan..till we meat again
Maka dengan ini berakhirlah kembara bumi Jepun aku bersama #backpackerstegar.
Kompilasi Nippon Trip:





No comments:
Post a Comment