Tahun 2015 memang mencatat rekod bagi aku dalam xtvt selaman, hobi menyelam bg aku ni baru jer bermula bila aku dapat lesen Open Water Diver (OWD) bulan Ogos tahun lepas. Selepas dapat lesen tu, mmg banyak giler trip aku buat untuk penuhi addiction baru aku ni. Addict dgn pulau, dgn laut, dgn hidupan underwater, dgn penyu, dgn shark, dgn nudi, semua la aku addict.
Jan 2015
Tirai xtvt selaman tahun ni bermula di sebuah pulau yg telah ku istiharkan sbg kampung ku no.3, mana lagi kalau bukan PULAU MABUL.
Trip bersama geng Marvelous Mabule, kami 10 org semuanya, macam trip sebelum ini, kami menginap di Seahorse Sipadan Scuba di Mabul.
Total dive: 8
April 2015
PULAU REDANG
Trip 2d1n geng #backpackerstegar, sempena Sue balik ke Malaysia untuk bercuti.
Ada pelbagai cerita jadi masa trip ni, Tapi paling epic kisah aku sesak nafas sewaktu menyelam disebabkan kepenatan dan panic jumpa shark 1st time.
Total dive : 2
May 2015
PULAU PERHENTIAN BESAR
Trip ni paling sempoi, trip redah time cuti hari pekerja, dgn xde biliknya, nasib baik dpt gak 1 chalet kt Perhentian Island Resort, A Chalet kongsi 6 org, hehehe.
Total dive : 6
BLUE LAGOON, PD
Plan dlm FB jer, turun diving dgn sorg mmbr yg aku kenal time SIT2014, pengalaman dive kt PD ni paling bermakna, 1st dive vis dlm 1 meter jer. Seriously ada panic certain time, tp nasib baik buddies aku expert.
Total dive : 2
July 2015
PERHENTIAN PERHENTIAN KECIL
Solo trip, masa cuti hari raya, tido semalam jer dekat pulau. Dive with Turtle Bay Divers.
Total dive : 3
August 2015
TENGGOL ISLAND
Time ni aku upgrade lesen diving ke Advance Open Water Diving (AOWD), Dive with Scuba Tenggol 101. Pakej AOWD di aku book di MIDE 2015
Total dive : 5
September 2015
BOHEY DULANG, MATABUAN, SIBUAN, MABUL & SIPADAN
Trip penutup kisah diving 2015. Paling best sebab akhirnya aku berjaya dive di Sipadan, tempat diving yg menjadi impian ramai diver2 di seluruh dunia. Walaupun cuaca time aku dtg ni ada teruk, tp aku tetap puas hari dengan semua pengalaman sepanjang trip ini.
Highlight on this trip
1st time buat night dive
1st time jupe octopus
1st class underwater photography
Total dive : 10
Tutup buku kisah diving 2015, untuk 2016 ni xde plan lg nk dive kat mana.
Dah 3 bulan x turun laut, buat aku rindu...
No comments:
Post a Comment