Bersambung dari:
1.0 Cambodia dan Vietnam - Aidiladha di Perantauan Part 1
Pasar malam di Phnom Pehn ni, barang2 jualannya x banyak beza pun dari pasar malam atau uptown di negara kita, barang2 jualan seperi, baju, kasut, sandal, hiasan rumah, barang2 cenderamata dan perhiasan wanita. Tiada bende pun yang menarik minatku untuk membeli, jadi aku hanya berjalan2 sahaja. Ada satu ketika, aku berjalan agak jauh ke depan meninggalkan Anis dan Pak Su. Dan ketika berjalan aku ralit berbalas whatapps dengan kawan2 di Malaysia. Sim card yg ku beli di airport ku aktifkan pada device Samsung Note 8.0, dan device itu ku jadikan hotspot, supaya aku juga boleh mengunakan internet pada handphone ku. Note 8.0 ke letakkan di dalam beg pack yang ku galas di belakang.
Ada persembahan pentas di tengah-tengah pasar malam, seksi gitu artisnya
Suasana di pasar malam Phnom Penh, ramai sungguh pengunjungnya.
Sampai satu ketika, Anis menegur bahawa zip backpack aku terbuka, agak terkejut, mula2 aku ingat aku yg cuai tak tutup zip, tapi hati rasa x sedap, aku buka beg dan check dompet dan passport ku, nasib baik masih selamat, ketika itu aku masih tidak terigat tentang Note ku. Tetapi bila tiada whasapps masuk dalam handphone, aku mula rasa pelik. Aku check semula bag, baru la perasan rupanya Note aku telah lesap. Terus rasa down giler, macam mana aku boleh x perasan tadi. Cuainya aku. Macam2 perasaan ada, sedih, marah, kesal, semua bercampur baur. Tapi nak buat macam2 kan, redha jer la. Buat sedapkan hati, nasib baik passport dan dompet aku masih selamat. Huhuhuhu..terus xde mood malam tu, kami pun tinggalkan pasar malam tersebut dan berjalan pulang.
Pak Su dan Anis menenangkan ku, aku pun buat cool je gelak2, posing2 amik gambar, dalam hati Allah sahaja yang tahu. Lepas kejadian tu, aku xbrani lagi galas backpack ke belakang, aku terus mengubah posisi backpack ke depan, bagi mengurangkan risiko dicopek. Lesson learn, berhati2 lah di tempat orang, terutama di kawasan ramai orang.
Bergambar after kehilangan note 8.0, nampak happy jer, tapi menagis di dalam hati...huhuhu
On da way balik ke hotel, aku singgah di sebuah kedai agent travel untuk menukar duit USD kepada Riel, rate tukaran x pula aku ingat, dh lama sgt, tp agak mahal berbanding rate tukaran di Airport kata Pak Su. Aku pun x tukar banyak pun dalam usd10 je. Lepas tu kami singgah di sebuah mini mart, sebab pak su nak beli top up dan kami juga membeli sedikit barang2 keperluan. Dalam mart ni aku ada dijual kunci zip, so apa lagi, sebab kes kecurian tadi aku terus membeli kunci itu. Langkah precaution mengelakan kejadian sama berulang kembali. Selepas itu kami semua balik ke Hotel, masa untuk berehat dan bertenang buat ku...
Nanti aku sambung cerita hari ke-2 di Phnom Pehn...



No comments:
Post a Comment