Saturday, April 26, 2014

2.0 Cambodia dan Vietnam - Aidiladha di perantauan part 3

Bersambung dari:

1.0 Cambodia dan Vietnam - Aidiladha di Perantauan Part 1


Pagi yang baru, dengan semangat aku bangun awal pagi, budget nak tengok matahari terbit di balkoni hotel, keluar2 bilik, rupanya matahari dah naik tinggi jam baru menunjukan waktu 6.15 pagi waktu tempatan. Di dataran, tepi sungai yang mengadap ke Hotel kami, kelihatan warga2 Phnom Pehn sedang melalukan riadah dan bersenam, ada sekumpulan warga tua, melakukan senaman tai chi, ada pula yg jogging, malah ada yg berjalan. Alatan senaman yg disediakan juga dipenuhi warga pp pagi ini. Sungguh bermanafaat pagi mereka.
Aku lepas sebentar di balkoni, menikmati suasana pagi yg sungguh nyaman, dan mendamaikan, melihat air sungai yang mengalir tenang, langit cerah dan angin sepoi2 bahasa yang menyamankan...cewah ayat buku betul.. tapi x tipu memang tenang je pagi tu. Aku kembali semula ke bilik, mencapai sedikit duit dr dalam dompet. Anis yg sedang membelek buku LP, ku khabarkan yg aku hendak keluar, nak cari kedai jual sim card.


Dari balkoni Paragon Hotel, air sungai mengalir tenang.



Warga Phnom Penh sedang bersenam dan ber 'Tai Chi'


Memang tujuan aku keluar pagi itu untuk mencari sim card, memandangkan sim card yg ku beli di airport semalam telah lesap bersama2 note 8.0 ku. Aku berjalan melusuri jalan di hadapan hotel, sambil mata melilau mencari kedai sim card, tapi tiada kedai yang ku temui, hanya yang ada deretan hotel, travel agent dan pusat tukaran duit. Aku terus berjalan dan berjalan, sambil mengunakan handset untuk mengambil gambar objek2 dan bangunan yg ku rasakan menarik. Terasa rugi pulak x bawak kamera sekali, nak balik hotel untuk amik kamera rasanya x berbaloi, aku pun dah jauh berjalan meninggalkan kawasan hotel.

Antara binaan menarik yang ku temui, seperti sebuah Wat.

Statue kuda tersergam indah di sebuah kawasan yang ku lalui.


Dari jauh ku lihat, satu bangunan yg menarik perhatian ku, waktu itu aku masih tidak tahu bangunan apakah itu, aku terus berjalan menghampiri kawasan bangunan itu. Ramai juga yang beriadah di kawasan dataran di depan bangunan yg cantik itu. Merpati 2 jinak hinggap di kawasan dataran, apabila ada pengunjung yang menaburkan makan, ada mak cik tua yg menjual makanan burung, mempelawa ku untuk membeli jualannya. Tapi aku menolak dengan, duit pun xbanyak yg aku bawak, cukup2 untuk beli sim card. Jadi aku hanya menjadi pemerhati gelagat pengunjung2 yang memberi makan pada burung2 merpati itu.


Bangunan ini lah yang menarik perhatian ku, rupanya ada 'Royal Palace', cantik binaanya.


Merpati banyak betul di kawasan lapang berdepan dengan Royal Palace


Di kawasan dataran itu juga didirikan tiang2 bendera yang mengkibarkan bendera negara2, bendera Malaysia juga salah satu bendera yang dikibarkan, rasa bangga juga, bendera kita dikibarkan di luar negara. Setelah puas mengambil beberapa gambar, aku memutuskan untuk berpatah balik menuju ke hotel, lagi pulak, misi aku mencari kedai sim card masih belum berjaya.


Dalam melangkah masih kembali ke hotel, aku terlihat, Pak Su ku, dia turut kyusuk bersenam bersama2 warga2 phomn pehn sambil berborak dengan mereka, aku malas hendak mengganggu perbualan Pak Su, jadi aku memeruskan langkah. Disebabkan tiada kedai sim card yg dijumpai di sepanjang jalan utama ini, aku mula menyelusuri lorong2 antara bangunan2 kedai, agak cuak juga kerana lorong yang ku lalui merupakan kawasan bar dan kelab2 malam dan suasanya sunyi sekali pada waktu pagi hari. Setelah 2-3 lorong ku selusuri dan akhirnya berjumpa satu kedai serbaneka, yang menjual sim card. Pack sim card dijual dengan harga usd5, lebih mahal dr harga yg ku beli di airport, nak x nak beli jugak la, aku dah xlarat nak berjalan cari kedai lain. Aku amik brand yg sama dengan yang ku beli di airport, dengan anggapan pakejnya akan sama.

Kawasan warga Phnom Pehn bersenam, di sinilah ku lihat Pak Su kyusuk bersenam bersama warga PP

Dah dapat apa yang di cari, aku kembali ke bilik hotel. Anis kata Pak Su ajak keluar jam 9.30 pagi, tengok jam, tak banyak masa lagi untuk kami bersiap, jadi aku terus ke bathroom untuk mandi, dan Anis pula mandi, setelai aku selesai, sementara menunggu Anis mandi, aku cuba mengaktifkan sim card yang baru ku beli itu. Aku cuba untuk subcribe plan internet seperti sim card sebelum ini, mengikut kertas arahan yang ku perolehi dari gerai sim card di airport, tapi tidak berjaya, katanya plan itu x available alamak kenapa pulak ni. Aku pun membandingkan pack sim card baru ini dengan pack yang aku beli di airport, padan la pakejnya lain. Sim card yg dibeli di airport khursus digunakan oleh pelancong2 yang datang ke pp dalam jangka masa yang singkat, jadi plan yang ditawarkan berlainan dari pakej biasa.


Salah sendiri, x check dulu sebelum beli, aku duk termenung sekejab mememikirkan apa yang harus aku buat supaya aku dapat aktifkan handset aku dengan inet, rugi la pulak kalau x boleh guna, so aku dpt idea untuk masuk ke website (guna wifi hotel) brand simcard itu, nasib baik webnya ada dalam english, cari instruction untuk aktif kan plan inet, dan aku jumpa caranya. Berdasarkan instruction dari website aku berjaya aktifkan plan inet di handset....suka giler aku, tak sia2 usd5 aku.


Setelah aku dan Anis selesai bersiap, kami turun ke bawah, Pak Su telah siap menunggu kami. Pak Su bawa kami ke Pshar Khandal, yang suasanya seperti pasar tani di Malaysia. Pak Su dah pernah sampai ke Phnom Pehn sebelum ni, so jalan2 di sini, dia dah biasa, jadi aku dan Anis hanya mengikut sahaja. Kami menyelusuri lorong2 di pasar sambil memerhatikan urusan jual-beli warga tempatan, sambil itu mata mencari2 kelainan barangan yang dijualkan di pasar ini, di satu gerai kelihatan penjualnya sedang menyiang katak untuk jualan, lama aku dan Anis di gerai itu, memerhatikan kerja2 menyiang dilakukan, ketika itu tiada rasa geli, takut atau nak muntah, kerana rasa teruja dan excited melebihi segalanya. Kemudian kami menyambung semula explorasi, kali ini berjumpa lagi satu gerai menjual katak, gerai kali ini lebih besar dan jumlah kata yang di siang lebih banyak, begiti juga jumlah pelanggannya turut ramai.


Katak2 sedang disiang dan disiap kulitnya sebelum dijual.


Terus menyelusuri pasar, ternampak pula peniaga menjual anak ular, ketam batu, dan katak panggang, agak kecewa sikit sebab sebenarnya aku mencari gerai yang menjual serangga untuk di makan, tapi tidak ketemukan, kecewa di situ. Ketika berjalan di bahagian menjual buah, Pak Su membeli pisang kaki dan limau bali, urusan jual beli di pasar ini mengunakan mata wang riel tidak seperti tempat lain sebelum ini yang menerima mata wang USD.

Makanan exotic di Psar Khandal


Pelbagai barangan basah yang di jual di Psar Khandal.


Kami meneruskan perjalanan mengikut Pak Su, kami di bawa menuju ke Central Market, pasar yang terkenal di Phnom Pehn, di Central Market ini banyak barang2 yang dijua, ada backpack (deuter, northface, kipling semua ada), ada kedai pakaian, ada barang cenderamata, ada kedai pakaian dan ada juga kedai buku LP. Di tengah2 CM menempatkan kedai2 exclusive yang menjual barang2 perhiasan daripada emas, org kata emas kt PP ni murah-murah, tapi dah nama pun emas kan, murah apa la sangat, tak termampu nak membeli. Di CM ni aku sempat membeli sehelai T-Shirt yang tertulis Cambodia, kain pasang sutera dan FM. Pak Su pula membeli berpuluh2 buah buku LP di sebuah kedai buku, harganya mmg murah lebih kurang RM10 je sebuah, Pak Su mmg dah siap2 bawak satu backpack khas untuk buku2 LP ni, penuh satu backpack.

Di hadapan pintu utama Central Market


Suasana di dalam kawasan Central Market.



Setelah setelah menjelajahi Central Market ini, kami pun berjalan pulang semula ke hotel, kami perlu check out dan berpindah ke hotel yang telah ditempah oleh pihak penganjur. Dalam perjalanan pulang, beberapa orang kanak2 datang menghampiri kami untuk meminta duit, aku agak kaget pada mulanya, nasib baik ada Pak Su, dia yang melayan kanak2 ini, dengan memberikan mereka duit, bila di beri duit, makin ramai pula yang datang, dan akhirnya kami terpaksa meneruskan jalan meninggalkan mereka. Sedih jugak teguk kanak2 ni, usia masing2 masih muda, malah ada yang mengendong adik2 mereka yang masih kecil. Kata Pak Su mereka ni anak2 jalanan, mungkin x punya rumah dah mungkin juga tak punya penjaga (ibu bapa).

Dalam perjalan ke hotel kami terserempak dengan Ust. Soleh, anak murid Pak Su dia UIA yang kini merupakan seorang lecture di sebuah universiti islam di Cambodia, Ust. Soleh ini lah yang banyak menguruskan urusan kumpulan kami di Cambodia, Ust. Soleh hendak menjemput kami ke hotel yang telah ditempahnya, tetapi semasa di pergi mencari kami di Hotel Paragon, kami tiada di bilik, nasib baik dia terjumpa kami di tengah jalan. Setelah memberikan maklumat Hotel kami, Ust. Soleh pun berlalu, dia akan menunggu ketibaan kami di hotel nanti.

Balik ke bilik, berkemas dan terus check out, kami ambil khidmat Tuk Tuk yang stand by di hadapan hotel untuk menuju ke Hotel Asian, perjalanan x la jauh pun. Di sebabkan kami hendak terus ke destinasi lawatan yang seterusnya selepas ini, Pak Su menyuruh pemandu Tuk Tuk tadi menunggu kami di luar hotel, sementara kami check in bilik. Urusan check ini mudah disebabkan semua telah diuruskan oleh Ust. Soleh dan ayahnya.

Ke mana destinasi kami selepas ini...tungguuuu

No comments:

Post a Comment