Monday, April 28, 2014

2.1 Cambodia dan Vietnam - Aidiladha di perantauan part 4

Sambungan dari:

2.0 Cambodia dan Vietnam - Aidiladha di perantauan part 3


Selesai check in Hotel Asia, kami naik ke bilik, aku sebilik dengan Anis, Pak Su pula berkongsi bilik dengan salah seorang dari rakan-rakan yang yang akan tiba petang ini. Kami tak lama pun di bilik, setelah meletakkan beg kami turun semula ke bawah dan kembali menaiki Tuk-tuk, kali ini kami akan ke ‘Killing Field’ yang terletak agak jauh dari tengah Bandar Phnom Pehn. Perjalanan mengambil masa hampir setengah jam, keadaan jalan semakin teruk apabila semakin jauh dari pusat bandar, keadaan sangat berdebu. Baiknya pemandu Tuk-tuk kami, di berhenti di tepi jalan dan membelikan kami mask seorang satu dan menyuruh kami memakainya. Sungguh baik budi perkertinya. Setelah melalui perjalanan yang berdebu, akhirnya kami sampai di pintu gerbang untuk memasuki kawasan ‘Killing Field’. Pak Su meminta pemandu Tuk-tuk menunggu hingga kami selesai melawat.

Jalan yang berdebu teruk, apabila keluar dari bandar Phnom Pehn


Bergaya dengan mask pemberian driver tuk tuk..terima kasih sangat kalu x mau batuk kering.


Gerbang masuk ke Killing Field.


Untuk masuk ke “Killing Field’ pengunjung asing dikenakan bayaran sebanyak USD3, dan tambahan USD2 untuk peralatan audio. Peralatan audio yang disediakan boleh di set mengikut pelbagai bahasa, aku memilih bahasa melayu je, senang nak faham, malas nak fikir2 nak translate bahasa2 asing. Di kawasan2 tertentu di dalam Killing field ini ditandakan dengan nombor2, untuk mendengar penerangan mengenai kawasan2 yang ditandakan, kita hanya perlu menekan nombor yang sama pada peralatan audio, jadi penerangan detail tentang kawasan2 itu dapat kita perolehi.

Peralatan audio dan tiket Killing Field


Ada satu binaan stupa di permulaan kawasan Killing Field, di stupa atau menara ini, ditempatkan tulang2 dan tengkorang, mangsa2 pembunuhan yang ditemui di kawasan Killing Field setelah berakhirnya era pemerintahan Pol Pot. Hati berdetik pilu, betapa kejamnya tentera2 Pol Pot ini, hingga sanggup membunuh bukan puluhan, bukan ratusan, malah ribuan penduduk Cambodia, malah di kisahkan semasa hanya dalam beberapa tahun sahaja pemerintahan Pol Pot, 1/3 daripada penduduk Cambodia telah dibunuh dengan kejam.

untuk naik ke stupa, pengunjung perlu menanggalkan kasut bagi menghormati jasad yang disemadikan.


Beribu tulang2 dan tengkorak disemadikan di setiap tinggat stupa ini, dan dibezakan setiap tinggat mengikut jenis tulang.


Kawasan2 utama di padang penyiksaan ini



Di satu kawasan, terletaknya sebuah pohon, yang dipenuhi dengan tangkal dan gelang2 yang ditinggalkan oleh pengunjung2 Killing Field ini, cerita di sebalik pokok ini amat menyayat hari, di pokok ini, bayi-bayi kecil dibunuh dengan cara menghayunkan kepala mereka pada batang pokok ini, apalah dosa anak2 kecil itu hingga rejim Pol Pot sanggup membunuh mereka dengan begitu kejam.

Killing tree, mungkin ribuan bayi telah terkorban di sini, apalah dosa mereka...KEJAM


Di satu kawasan lain pula, terdapat beberapa kawasan kubur yang dipagari, di kubur2 ini la dijumpai mayat2 dan tulang2 warga Cambodia yang dibunuh kejam dan ditanam beramai-ramai, ada mayat yang telah hilang kepalanya, ada mayat perempuan, kanak-kanak dan juga lelaki dewasa. Baju dan tulang temulang mangsa juga masih kelihatan pada atas tanah yang menjadi laluan pengunjung, dan mungkin juga kita sebenarnya berdiri dan berjalan di atas kubur2 mangsa2 yang dikebumikan tanpa nisan di sini.

Antara mass grave, yang di dalamnya ditanam mangsa2 seksaan rejim Pol Pot.



Baju dan tulang2 mansga yang dijumpai di kawasan pembunuhan ini.



Masih ada lagi cebisan tulang, gigi dan pakaian di atas tanah yang menjadi laluan pengunjung.



Kami melalui kawasan di mana suburnya sebatang pokok, yang juga mempunyai kisah yang tersendiri, di pokok ini satu ketika dulu dipasang dengan pembesar suara, yang mengeluarkan bunyi2 kuat, bagi tujuan melindungi atau mengkaburi jeritan2 mangsa2 yang diseksa di kawasan ini. Aura yang menakutkan aku rasakan ketika melalui kawasan pokok ini, mungkin kerana kawasannya agak terpencil dan gelap, atau mungkin memang ada aura makhluk-makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata penglihatan kita berada di situ, aku cepat2 berjalan laju meninggakan kawasan pokok tersebut.

Dipanggil magic tree - pembesar suara yang dipasang pada pokok ini, digunakan untuk menenggelamkan suara erangan mangsa yang di seksa dan dibunuh di kawasan ini.



Setelah selesai mengeliling kawasan sekitar Killing Field, kami menuju ke sebuah bangunan yang di jadikan muzium, di sini kami dipertontonkan drama pendek mengenai kekejaman rejim Pol Pot, di lihatkan kepada kami muka pemimpin2 rejim kejam ini, yang telah ditangkap untuk di bicarakan, tapi yang aku kesal kan, tiada langsung muka penyesalan dan rasa bersalah terpamer di wajah pemimpin2 kejam ini walaupun telah dihukum.

Muzeum di dalam kawasan Killing Field, di sini kita dapat mengenali dengan lebih lanjut pemimpin2 rejim Pol Pot yang sungguh kejam itu.



Petang itu, kami meninggalkan Killing Field dengan perasaan sedih dan sayu. Kami tiba semula ke Hotel Asian kira-kira jam 5 petang, kami berehat sebentar di dalam bilik, sempat juga aku menyediakan sup cendawan segera, untuk dicicihkan dengan roti, bekalan yang ku bawa dari Malaysia.

Kami dan pemandu tuk tuk yang baik hati.



Jam 7.00 kami turun semula ke lobby, rakan2 Pak Su, ahli kembara yang lain telah tiba, dan malam ini kami akan belayar menyelusuri Sungai Mekong dan Tonel Sap sambil menjamu selera. Satu pengalaman yang cukup menarik bagi ku, malam itu aku mula berkenalan dengan Ustaz2 dan pakcik yang merupakan ahli ALKIS (Alumni Kolej Islam Selangor), pertubuhan yang menganjurkan kembara ibadah korban yang aku sertai ini.

Lobby Hotel Asia, di bahagian lobby ini juga ada restaurant KFC yang menyajikan hidangan halal.



Agak segan mulanya dengan mereka, yelah dengan gaya pemakaian aku, risau juga mereka tidak berkenanan, dan yang utama pastinya aku ini adalah orang luar, bukan dari kalangan ALKIS, tidak seperti Pak Su dan Anis, kedua2 mereka adalah ahli alumni Kolej Islam Selangor (KISAS). Tapi mereka baik2 belaka, awal2 memang agak kekok, tak kenal maka tak cinta kan.


Di atas bot kami di sajikan dengan juadah2 warga Champa Kemboja, paling sedap bagi aku adalah sup sayur yang disajikan, rasanya memang lain dari sup-sup yang biasa ku rasai, aku tak tahu apa ramuannya, tapi supnya memang marvelous. Selesai menjamu selera, kami duduk sambil menikmati permandangan indah dari atas bot. 

River Cruise..pengalaman yang menarik



Juadah makan malam kami, yang istimewanya makan di atas boat yang menyelusuri Sungai Mekong & Tonel Sap.



Lepak santai sambil berbual mesra selepas semua kekenyangan.



Suasana malam bandar Phnom Pehn.



Dalam jam 9 malam, boat kembali mendarat di tebing sungai, dan Ust. Soleh, menbawa pula kami ke kawasan Royal Palace, tempat yang ku jejaki pada waktu pagi tadi, suasana malam di kawasan Royal Palace lebih meriah berbanding waktu pagi tadi, ramai warga2 Phonm Pehn yang menjadikan kawasan lapang di hadapan Royal Palace sebagai tempai bersantai, sama ada bersama rakan2 atau keluarga. Setalah mengambil gambar seketika di sini, kami kembali ke Van dan pulang semula ke Hotel. Lupa nak beritahu, setelah semua rombongan sampai, Ust. Soleh, menyediakan sebuah Van sebagai pengangkutan kami, yelah ahli rombongan pun ramai, lebih mudah bergerak dengan van.

Aku dan Anis di hadapan Royal Palace



Independence Monument - amik gambar dari dalam Van jer, binaannya nampak menarik dengan lampu2.


Berakhirnya hari kedua di Phnom Pehn…esok hari terakhir di bandar ini, kerana kami akan bergerak merentasi sempadan ke sebuah wilayah Islam di Vietnam. Pengalaman nya akan ku ceritakan dalam entry seterusnya…


No comments:

Post a Comment