2.1 Cambodia dan Vietnam - Aidiladha di perantauan part 4
Hari ke-3 di bandar Phnom Pehn, pagi2 ini kami semua menaiki
van menuju ke sebuah restoran makanan halal ‘Restaurant D’Wau’ yang terletak
berdekatan New York Hotel, menu sarapan yang di sedia adalah makan2 melayu
biasa, nasi lemak, mihun goreng, kuih-muih dan teh. Rasa makanannya biasa2 jer,
harganya x pulak ku ketahui, semua dah diuruskan, datang makan jer. Lepas makan
kumpulan kami berpecah, Pak Su dan beberapa ustaz2 pergi berziarah ke sebuah
mahrasah, manakala kami yang lain menuju ke destinasi pertama, iaitu Tuol Sleng
Genocide Muzeum atau lebih dikenali penjara S-21, sebuah sekolah yang dijadikan
penjara tahanan dan siksaan pada era Khmer Rouge.
Aku, Anis and Pak Su di hadapan Restaurant Wau..
Masuk je melalui gerbang S-21 ini, terasa meremangnya bulu
tengkuk ku, mungkin di sebabkan suasana persekitarannya yang seolah2 membawa
kita merentasi masa dan berada di zaman kekejaman rejim Pol Pot. Kami disambut
dengan perkuburan 14 orang mangsa seksaan Pol Pot yang ditemui di sebuah blok
bangunan di S-21 ini semasa jatuhnya Rejim Pol Pot, dikatakan mereka ini adalah
kumpulan terakhir yang dibunuh oleh agent S-21 di sini.
Gerbang S-21, kat depan ni pun dah nampak seram..
Perkuburan 14 mangsa penyeksaan Rejim Khmer..
Seterusnya kami menyelusuri laluan pelawat yang disedikan
sambil membaca papan keterangan yang disediakan, di satu kawasan kelihatan
seorang Pak Cik tua yang sedang duduk sambil mendengan alunan muzik tempatan,
mukanya terpangpang pada sebuah poster besar yang ku baca di laluan yang ku
lalui, rupanya Pak Cik tua itu adalah salah seorang survivor, juga merupakan
saksi hidup, yang melalui pengalaman diseksa oleh Rejim Pol Pot. Aku dan Anis
sempat bergambar bersama Pak Cik ini, yang namanya Chum Mey. Chum Mey pernah
diseksa di S-21, tetapi akhirnya dikecualikan seksaan disebabkan kemahirannya
yang boleh membaiki mesin taip yang digunakan untuk merekod kenyataan paksa
mangsa2 yang diseksa. Dalam kenyataan Pak Cik Chum Mey, dia tidak menyalahkan
orang yang melakukan siksaan kepadanya, di sebabkan dia faham bahawa mereka itu
juga berada dalam keadaan terpaksa, jika mereka tidak bertindak membunuh atau
menyiksa tahanan di S-21, mereka pula akan dibunuh oleh ketua2 mereka.
Sejarah S-21 dan barisan pemimpin2 kejam Rejim Pol Pot.
Bersama Pak Cik Chum Mey...seorang survivor
Selepas berkenalan dengan Pak Cik Chum Mey, aku dan Anis
terus menyelusuri laluan menuju ke salah sebuah blok, di blok ini di pamerkan
alatan2 penyiksaan dan gambar2 yang menunjukan cara penyiksaan dan pembunuhan
kejam yang dilakukan oleh Rejim Pol Pot ini, tengkorak dan tulang2 mangsa juga
turut dipertontonkan kepada pengunjung. Selain itu gambar2 mangsa yang dikurung
dan disiksa juga dipamerkan. Alatan penyiksaan dan pembunuhan yang digunakan
kebanyakannya adalah alatan untuk pertanian, seperti cangkul, kapak, pengali
dan pelbagai lagi, mereka tidak mengunakan senjata moden seperti pistol dan
senanpang, kerana kos peluru adalah mahal.
Blok2 penjara S-21, yang dulunya merupakan sebuah sekolah..
Alatan yang digunakan untuk melakukan seksaan dan penbunuhan..
Sebahagian dari tulang2 dan tengkorak mangsa..
Paling menyedihkan bagiku adalah semasa melihat gambar
mangsa, ramai antara mangsa adalah wanita dan kanak2, tak dapat ku bayangkan,
tergamaknya rejim Khamer Rough ini menyiksa dan membunuh wajah2 comel kanak2
yang tidak berdosa ini, yang mungkin juga mereka terpingan2 ketika itu, kenapa
mereka di bawa ke penjara ini, tertanya2 apakah salah yang mereka lakukan atau
mungkin apakan pengakhiran kepada penyeksaan yang mereka terima.
wajah2 wanita dan kanak2...banduan di S-21..
Di satu blok yang lain, terletaknya cell penyiksaan, yang
peralantan penyiksaanya masih di biarkan utuh, sama keadaanya seperti zaman
penyiksaan itu dilakukan, di dinding cell digantung gambar mayat mangsa yang
mati akibat penyiksaan yang dilakukan, bilik2 ini sangat menyeramkan, aku tidak
berani memasukinya, hanya mengambil gambar dari pintu sahaja. Di bahagian
halaman kawasan S-21 ini berdekatan dengan kubur tadi, kelihatan 3 biji
tempayan lama dan tiang palang, tempayan ini juga merupakan alat seksaan,
dengan tahanan diikat dengan tali secara terbalik hingga pengsan dan kemudian
direndamkan kepalanya ke dalam tempayan supaya sedar semula. Tempayan itu pula
diisi dengan air2 kotor yang berbau dan berlendir, yang biasanya digunakan
untuk membajai tanaman2.
Blok yang menempatkan cell penyeksaan..
Bilik2 cell yang menempatkan tahanan2..
Bilik seksaan, peralatannya masih utuh..agak seram di sini..
Tempayan yang digunakan untuk menyeksa tahanan..
Setelah agak lama perasaan terbuai di Penjara S-21 ini, kami
akhirnya beransur keluar dari sini, rombongan yang lain mahu ke Central Market,
oleh sebab aku dan Anis telah ke sana semalam, kami minta di bawakan ke Russian
Market. Untuk menjimatkan masa, Aku dan Anis ditinggalkan di Russian Market,
manakala yang lain terus ke Central Market dengan van. Ditinggalkan berdua je
bersama Anis…oh tidak kami, kerana risaukan keselamatan kami, Ustaz Soleh telah
di pesan oleh Pak Su awal2 untuk menemani kami di Russian Market, hehehe. Ada
bodyguard plak kan..hehehe.
Kami x lama pun berada di sini, yelah agak x selesa bila
pergerakan kami di ikuti oleh Ustaz Soleh, tapi dalam x selesa tu pun aku
sempat gak beli backpack 3 in 1jenama Northface, T-shirt dan Anis membeli
gelang2 kraftangan untuk cenderamata. Semasa memilih beg di sebuah kedai, kami
berkenalan dengan dua orang warga Malaysia, yang juga sedang memilih beg di
kedai tersebut, borak macam dan lama kenal, mereka dari KL dan mmg sering ke
Phnom Pehn untuk bercuti sambil membeli belah, ‘Leng Loy’ ini sudah kenal baik
dengan pemilik kedai bag ini, disebabkan perkenalan kami itu, aku akhirnya aku
di berikan harga yang sangat murah untuk beg yang ku inginkan, thank you ‘Leng
Loy’. Macam mana aku tahu harga beg yang aku beli itu murah, sebab sorng ustaz
dalam rombongan kami juga membeli beg yang sama tapi di tempat yang berlainan,
harga yang dia dapat hampir 2x ganda harga yang ku bayar. Memang murah la kan..
Anis excited merayau dalam Russian Market
Antara barang2 cenderamata yang di jual di Russian Market..
Lepas seketika di Russian Market, kami kembali ke hotel
dengan menaiki Tuk-Tuk bersama ust. Soleh, masuk bilik terus start kemas beg
untuk check out…cukup untuk kali ini, nanti aku cerita tentang perjalanan
menyelusuri sungai untuk merentasi sempadan dua buah Negara, Cambodia &
Vietnam.















No comments:
Post a Comment