Friday, June 13, 2014

3.1 Cambodia dan Vietnam - Aidiladha di perantauan part 6

Sambungan dari:

3.0 Cambodia dan Vietnam - Aidiladha di perantauan part 5


Setelah semua ahli rombongan siap, kami semua menaiki van untuk menuju ke jetty, kami akan mengunakan pengangkutan air, boat untuk merentasi sempadan dua negara menuju ke daerah Chau Doc di negara Vietnam.

Jetty boat di Phnom Pehn, terletak bersebelahan sebuah restoran mewah yang sangat selesa dan dekorasi yg menarik, so sementara menunggu masa berlepas, kami lepak duduk di kerusi yang disediakan di restoran itu. Tak pesan apa2 makanan atau minuman pun, just duduk2 jer..Restoran ini, hiasannya banyak terdiri dari bunga teratai, cantik, mungkin bunga ini mudah diperolehi di kawasan perairan air tawar seperti di Phnom Pehn ini.

Tempat aku n Anis lepak sementara tunggu masa berlayar..


Hiasan bunga teratai...cantik


Dekorasi bermotifkan gajah..

Setelah hampir waktu bording, ustaz soleh dan ayah nya menyuruh kami berkumpul, kami diberikan bungkusan makanan tengah hari dan bekalan makanan di atas boat. Sebab dah lapar, aku n anis terus je makan bekalan yang diberikan. Lepas selesai makan, kami menuju ke jetty untuk menaiki boat, boatnya xde la besar sangat, tapi aku agak boleh menampung dalam 40 orang dalam satu2 trip. Tapi boat yg besar ini hanya dinaiki oleh group kami sahaja yang hanya berjumlah lebih kurang 10 orang. So memang heaven la, pilih je mana seat yang nak. Aku memilih untuk duduk di seat hadapan, konon nak nak menghayati permandangan, tp last2 tukar ke seat belakang, sebab pancaran matahari terik, direct terus kepada ku...mana tahan, duduk seat belakang, turunkan seat, terus tertido.

Walking to our boat...

Inikah boat kami...??? mewahkan..tapi

Ini baru boat kami...hehehehe..

Ahli rombongan bergambar sebelum menaiki boat...aku di mana..?? tukang amik gmbr je..huhuhu


Sepanjang perjalanan kami berhenti di 2 perhentian, satu di kawasan imigresen Cambodia, dan satu lagi di imigresen Vietnam, urusan kt pejabat imigresen mudah je, pelanggannya pun kami jer..di imigresen vietnam, ada yang offer tukaran duit dong, ramai yang tukar duit di sini, termasuk aku. Sebab dr Malaysia memang aku bawak duit USD je. Tak tukar banyak pun, sebab tau di Vietnam,  transaction banyak guna USD je.
Selepas selesai urusan imigresen,  perjalan di teruskan hinggalah sampai ke Jetty Chou Doc. 

Sewaktu boat berlabuh di jeti imigresen Cambodia..nak cop pasport..

Aku n Anis..sempat posing2 atas boat..

Inilah Sungai Mekong..

Mentari senja...snap di sebalik kaca tingkap boat..

Ketika ini kami semakin hampir dengan daerah Chou Doc...kelihatan kediaman penduduk dan stesen minyak terapung...sgt unik

Di jeti Chou Doc ini, sebuah van telah menunggu ketibaan kami, kami di sambut oleh En.Khobir, seorang warga Islam Chou Doc, yang bertanggungjawab menguruskan urusan rombongan kami di Vietnam. Kami semua terus dibawa ke ke sebuah masjid di perkampungan islam , dia sini ahli rombongan lelaki berkenalan dengan penduduk2 kampung, sangat meriah warga perkampungan ini, awal2 lagi mereka telah menunggu ketibaan rombongan kami. Selepas sesi perkenalan di Masjid, kami di jemput ke rumah keluarga En.Khobir, untuk menjamu selera dan sambil berbual mesra, ketua kampung dan iman masjid, menyampaikan ucapan terima kasih kepada rombongan kami, katanya membuatkan aku sangat terharu. Untuk pengetahuan korang semua, warga Islam di sini, kebanyakannya boleh bertutur dengan bahasa melayu, terutama warga2 tuanya.
Malam itu juga seekor kambing di sembelih jamuan aqiqah esok. Kambing itu disembelih oleh salah seorang ustaz dalam rombongan kami, ketika kambing di tambat untuk disembelih, berpuluh2 warga kampung mengerumuni kawasan tersebut, teruja agaknya, terutama kanak2.

Di jetty Chou Doc..sampai sini dah malam..5 jam journey

Masjid Jamius Sunnah..destinasi pertama kami di Chou Doc

Menjamu selera di rumah keluarga En.Khobir..

Dua ekor kambing aqiqah disembelih malam itu unjuk dimasak oleh pihak masjid...


Setelah selesai menyembelih kambing, kami semua berangkat menuju ke hotel di bandar Chou Doc. Hari pun dah agak lewat, masing2 pun dah kepenatan, selesai urusan check in, aku dan anis menuju ke bilik kami untuk berehat.










Esoknya adalah hari raya aidiladha, ada perasaan sayu juga la beraya di negara orang ni, tapi perasaan excited tu lebih lagi, nak merasa suasana beraya dengan saudara Islam di Choc Doc ini.

No comments:

Post a Comment