Monday, June 30, 2014

4.0 Cambodia Vietnam

Sambungan dari:

Selamat Hari Raya Aidiladha abah dan mama, maaf zahir dan batin.
Maaf tahun ni angah tak dapat balik beraya.
Salam perantauan dr Chou Doc, Vietnam

Syahdu je pagi raya aku tahun ni, haha..pagi2 dah feeling2 sedih..hahaha

Pagi ni kami bersiap untuk ke Kg. An Phu, An Gian untuk menunaikan solat Aidiladha di Masjid yang kami kunjungi semalam. Aku dan Anis dibawa ke bahagian solat kaum hawa di tingkat atas masjid. Ketika kami sampai ruang solat telah dipenuhi dengan warga2 Islam Kg. An Phu,  kami bersalaman dengan mereka sebelum mengambil tempat di dlm masjid.

Sewaktu mendengar khutubah (aku xfhm la sbb bkn dlm bahasa melayu), aku mengambil kesempatan untuk bermain2 dengan adik2 kecil yg duduk di kelilingku..aku memberikan gula2 dan chocolates yang ku bawa dari Malaysia lagi. Memang niatnya nk bagi pada anak2 di sini. Gembira melihat mereka tersenyum menerima gula2 dr ku...anak2 yg masih terlalu kecil agak malu2 pada mula, mungkin muka ku kelihatan asing baginya.

Selesai solat, aku dan Anis di jemput ke rumah seorang warga kg. yang baru kami kenali. Rumahnya terletak tidak jauh dr masjid. Di rumah kak Khadijah ini kami di sajikan juadah hari raya tradisi masyarakat di sini, sambil berbual dengan ahli2 keluarga kak Khadijah ini. Kak Khadijah adalah sepupu kepada En.Khobir, dan dia sebenarnya tinggal di Malaysia, kak Khadijah balik bercuti di kg. Untuk menyambut aidiladha setelah lama tidak pulang ke kampung.

Setelah seketika di rumah Kak Khadijah, aku dan Anis di bawa menuju ke kawasan sawah padi di mana acara penyembelihan korban dilakukan, pagi ini lebih kurang 50 ekor lembu sumbangan warga ALKIS, pertubuhan yang kami wakili ditumbangkan. Bagi aku yang tidak biasa melihat kerja korban secara besar-besar, ini merupakan pengalaman berharga yang pasti tidak dapat aku lupakan, pada mulanya aku hanya melihat dari jauh, tapi makin lama aku memberanikan diri melihat ibadat korban ini dijalankan secara dekat, malah bertindak selaku jurukamera untuk merakamkan detik2 bersejarah ini.

Sembelihan setiap lembu di lakukan sendiri oleh ustaz2 wakil ALKIS dengan batuan penduduk tempatan, setelah lembu disembelih, warga2 Kg. An Phu, bergotong-rotong melapah kulit lembu dan membersihkan isi perutnya sebelum membawa daging2 ke masjid bagi persediaan pengagihan daging-daging korban. Selesai acara sembelihan korban, beberapa ekor kambing pula di bawa ke kawasan sembelihan untuk dijalankan ibadah aqiqah, juga sumbangan warga2 Malaysia melalui ALKIS.

Semasa acara sembelihan ini, ramai warga Kg. An Phu yang turun sama2 untuk melihatnya, kata Kak Khadijat, inilah kali pertama ibadah korban yang dijalankan secara besar-besaran di sini. Kanak-kanak warga An Phu dipanggil beratur untuk diberikan sumbangan duit raya dari jawatankuasa ALKIS. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka, sungguh seronoh masing2 menerima duit raya.

Kami meninggalkan Kg. An Phu kira-kira jam 11.30 pagi untuk menuju ke lokasi kedua ibadah korban di bumi Chou Doc ini, Kg. kedua ini aku tidak ingat namanya, di kampung ke-2 ini, juga lebih kurang 50 lembu ditumbangkan untuk ibadah korban, satu peristiwa kelakar yang berlaku di sini, seekor lembu yang telah ditambat untuk di korbankan terlepas, penduduk kampung cuba mengejar lembu itu, namun tidak berjaya. Tapi tiba-tiba lembu itu kembali menghampiri semula ke tempat korban berlansung, serah diri untuk di korbankan. 

No comments:

Post a Comment