Hari ini kami check out dari Hotel Taiyo, setelah 2 malam menginap di sini. Perjalanan akan di teruskan ke Nara, dari Hotel Taiyo, kami menuju ke Station JR Shinimamiya Station untuk naik train ke Nara, ada dua pilihan route yang boleh dipilh, yang pertama direct naik train JR Kainsai Main Line, yang akan terus berhenti di Station JR Nara (540 yen), cara kedua dengan menaiki train JR Osaka Loop Line ke Sta. Tsuruhashi dan transfer ke Kintetsu Nara Line untuk ke Sta. Kintetsu Nara (640 yen). Kami memilih cara ke-2, walaupun tambang lebih mahal dan terpaksa transit. Ini kerana Sta. Kintetsu Nara terletak lebih dekat dengan Nara Park berbanding Sta. JR Nara. Lagi satu di station ini terletaknya Nara Tourist Information Center. Di sana boleh kami dapatkan peta kawasan dan panduan arah.
Kedudukan Sta. JR Nara dan Sta. Kintetsu Nara dibandikan dengan jarak ke Nara Park
Direction ke Nara (google map)
Turun dari train di Sta. Kintetsu Nara, kami terus menuju ke Tourist Information Center, untuk bertanya, di mana kami boleh menyewa basikal untuk bersiar2 menikmati pemandangan di Nara ni, petugas di kaunter memberikan kami 2 map berbeza yang menunjukan kedai2 yang menyediakan perkhimatan sewa basikal. Kami memilih menuju ke kedai yang terdekat, walaupun paling dekat tp perlu berjalan kaki dalam 10 minit jugak untuk sampai ke kedai ni. Di kedai ni setiap sorang amik sebuah basikal, sewa basikal adalah 500 yen (untuk basikal tanpa gear). Di sini basikal bergear juga disediakan, sewanya agak mahal sedikit, 800 yen. Bila semua dh dapat basikal sorg satu, apa lagi bermula la kayuan kami, mula2 silap amik arah di sebuah simpang, patut belok kiri ke Nara Park tapi kami belok kanan, kayuh2 xnampak pun bayang rusa (Nara Park terkenal dgn rusa2), patutnya dekat je, lepas tu ternampak signboard Sta. JR Nara, confirm salah jalan ni, so pusing la balik, nasib baik naik basikal, kalau jalan kaki mau lenjun gak baju dgn peluh.
Lepas sesi bergambar bersama rusa-rusa, kami teruskan kayuhan melalui denai2 di Nara Park ni, singboard2 banyak disediakan bagi menunjukan arah ke Temple popular yang terdapat di sekitar Nara Park di sepajang jalan. Pemandangan dan lanskap di sepanjang laluan sangat cantik, pokok2 yang tumbuh di kiri kanan denai memayungi perjalanan, so xde la panas sangat walaupun kalau ikutkan waktu tu tengah hari dan confirm panas terik. Kami singgah di beberapa spot untuk mengambil gambar sambil melepaskan penat mengayuh. Akhirnya kayuhan kami sampai ke hujung denai, di sini terletaknya Kasuga Taisha Temple. Kami tidak masuk ke dalam temple, hanya ambil gambar di hadapan pintu gerbang. Sebenarnya kami tak masuk sebab tak larat nk naik tangga menuju ke temple bersama2 basikal ni, lagipun badan pun dah penat.
Geng Kembara basikal
Five of us - ni gambar berlima yang paling cun
Post wajib - Jom Lompat
Kami pusing semula, kali ni ikut denai yang lain pula menuju ke kembali ke tengah bandar Nara, di sini kami berjumpa dengan Kofukiji Temple, ada 2 binaan di tempel ni satu berbentuk pagoda dan lagi satu adalah sebuah hall, perlu bayar 300 yen untuk masuk melawat, aku x masuk cuma ambil gambar di luar sahaja.
Perjalanan di teruskan, ke pusat bandar Nara, di sini kami berpecah, Muazah & Mas mahu mencari battery dan SD card untuk camera nya. Sementara menunggu urusan mereka selasai aku, Su dan Alai mengambil keputusan ubtuk meneruskan kembara di kawasan bandar Nara ini. Kami menyelusuri bagunan2 dan lorong2 rumah, susunan rumah2 di sini sangat unik, masih ada rumah2 tradisi lama, yang berselang-seli dengan rumah2 moden. Dan lagi satu penduduk2 di Nara ni sangat friendly, kami disapa, dilambai dan diberikan senyuman manis, kenangan yang sangat manis.
Ancient vs Modern at Nara
Akhirnya semua berkumpul semula di kedai sewa basikal untuk memulangkan basikal. Bagi memulangkan basikal kita hanya perlu meletakkan basikal semula di hadapan kedai dan memasukan kunci basikal pada box yang disediakan. Setelah urusan selesai, kami berjalan semula ke Sta. Kintetsu Nara untuk ambil train ke Kyoto.
Kembara di Nara ni sangat menarik, walaupun xbanyak masa yang kami ada di sini, tapi suasana kat sini memang best, tenang dan nyaman. So sapa yang ke Osaka atau Kyoto singgahla ke Nara, memang terbaik.
Bersambung untuk episod di Kyoto.









No comments:
Post a Comment