Wednesday, November 20, 2013

4.1 Nippon Trip : Jejak Penjajah Bangsaku - Day 4 (Arrival to Kyoto)

Sambungan dari :

4.0 Nippon Trip : Jejak Penjajah Bangsaku - Day 4 (Nara)


Lebih kurang jam 4.00 pm (waktu tempatan) kami bergerak meninggalkan bandar Nara yang permai menuju ke Kyoto, dari Sta. Kintetsu Nara, kami menuju ke sta. Kyoto, mengunakan Kintetsu Kyoto Line, di sta. sebenarnya kami boleh sahaja turun di sta. Takeda sebelum transfer ke line subway Karasuma, tetapi kami perlu pergi ke Kyoto Tourist Information Center yang terletak Sta. Kyoto untuk membeli Kyoto bass pass dan medapatkan peta Kyoto sebagai rujukan. Setelah selesai urusan di Kyoto Tourist Information Center, kami menuju ke line subway Karasuma untuk menuju ke sta. Gojo, sta. subway yang terhampir dengan Hotel kami (Kyoto Rich Hotel). Sampai di area Gojo jam sudah menunjukan jam 5.45pm, sudah masuk senja, kami berjalan kaki dalam 15 minit dr sta. Gojo menuju ke hotel.



Urusan check in berjalan lancar, booking telah ku lakukan melalui web booking.com, rate bilik twin sharing adalah 5000 yen semalam, kami hanya duduk di sini satu malam sahaja kerana esok kami akan bergerak ke Tokyo. Bagi aku hotel ini amat selesa, bathroom tersedia di dalam bilik dan keadaan bilik yang selesa walaupun agak kecil, yukata juga disediakan tapi satu je yang tak best, tak de wifi dalam bilik, wifi hanya boleh di access di area lobby, tapi ada disedikan cable LAN dan bilik, so sebab aku bawak laptop, boleh la aku online dalam bilik, mmbr2 len terpaksa online di lobby.Kami rehat seketika di bilik, mandi dan makan.



Malam di Kyoto apa aktiviti kami???

Aku pernah baca tentang Geisha dan Maiko yang boleh di jumpai di area Gion, bila study map, nampaknya area Gion jaraknya tidak jauh dari hotel kami, so malam itu kami berjalan menyelusuri Kamogawa River menuju ke Gion, di Gion terdapat banyak restaurant2 makan mewah dan bar, Geisha atau Maiko berkerja di restaurant mewah yang banyak terdapat di Gion, kami ada nampak kelibat Geisha atau Maiko di dalam restaurant2 mewah tapi, kami xberani masuk, so curi2 tengok dari luar sahaja, tiada Geisha atau Maiko yang dijumpai di jalan2 atau lorong2 di Gion malam itu, bukan rezeki kami la nak tengok dan bergambar dengan mereka, mungkin time kami datang tu dah agak lambat, org kata kalu nk tgk mereka datang dalam pukul 6 petang masa mereka baru nak masuk keje, baru boleh nampak kelibat mereka dijalanan.







Dengan kekecewaan tidak dapat bergambar dengan geisha kami mengambil keputusan untuk berjalan pulang, kali ini kami mengambil lorong yang berlainan untuk menuju ke hotel, banyak kedai2 di sepanjang jalan telah tutup, yang buka hanya pusat2 hiburan atau kedai serbaneka, kami singgah di beberapa kedai sebaneka (7e, FamilyMart, Lawson) untuk mencari makanan, tetapi tak banyak pilihan makanan yang halal yang available, rasanya makanan banyak dah habis sebab waktu itu pun dah agak lewat.

Dalam perjalan ke hotel, aku sempat merakam gambar yang ku rasakan menarik, antaranya kereta2, vending machine, signboard di jalanan dan besi penutup lubang, walaupun aku tak la kretif tapi gambar2 adalah bukti kemajuan dan budaya Jepun yang sangat ku kagumi, dan kekaguman ku semakian bertambah setelah berjaya menjejakan kaki ke negara penjajah ini.








Kembali di hotel, semua lepak di lobby melayan interner, aku malas lepak kt bawah, so aku terus naik ke bilik, internet guna cable lebih selesa dan laju, so malam tu sempat la upload gambar semasa di Osaka & Nara ke akaun FB.

Dengan ini selesai la perjalanan hari ke -4 kami, bermula waktu pagi di Osaka, tengah hari di Nara dan bermalam di Kyoto.











No comments:

Post a Comment