Kita continue story aktiviti kt Universal City,
Sampai kt UC port mengunakan Captain line, matahari tengah berada
di puncak, cuaca panas terik, tp sempat lg tu posing2 tengah2 panas, hahaha.
Dari jauh dah nampak sign Universal Studio Japan, terus gerak menuju ke arah
sana, plan memang kami x masuk USJ ni, sbb masa x mencukupi, tapi dapat tangkap
gambar kt globe USJ ni pun jadi la, klu org Tanya dah sampai lum, jawabnya
sudah, gambar boleh dijadikan bukti.
Di perkarangan luar USJ ni ada kedai bagi yang berminat untuk
membeli cenderahati, tp harga mmg mahal la kan, so aku tengok2 jer la,
kebanyakan adalah barang mainan untuk kanak2. Berdepan dengan USJ terletaknya
Universal Citywalk Mall, yang penting kt Mall ni ada Hard Rock Cafe, HRC Osaka,
yelah pagi tadi dah kecewa HRC kt Minami tutup, sebenarnya aku bukan la peminat
barang2 HRC ni, tp SU mmg buat collection barang2 HRC, kebetulan kt HRC ni ada
promotion, beli 3 helai t-shirt dapat free sehelai, apa lagi makcik tu, borong
sakan la. Aku beli sehelai t-shirt HRC Osaka, warna hitam and FM, buat
kenangan.
Lepas beli belah kt HRC, aku abiskan masa round2 area mall ni,
perut pulak dah terasa la, mula2 hajat nak makan TAKOYAKI, bebola sotong bulat
tu, kat cni biasa jual kt Arean Aeon, Takoyaki ni mmg makanan jepun yang
berasal dr Osaka, kat UCW Mall ni siap ada muzium takoyaki, tapi kami x jenguk
masuk la. Balik citer pasal nk makan, kt depan muzium takoyaki tu ada restorant
yg menjual Takoyaki, mulanya mmg kami nk masuk makan kt cni, tp tgk menu yg di
pamerkan pada laluan masuk namanya bebola sotong yang bersalut daging, cancel
terus hasrat nk makan, nasib baik jumpa satu kedai ni jual mee UDON yang
di hidang bersama sup, kat kedai ni
jugak jual perbagai seafood dan sayuran yang di goreng dengan tepung tempura,
tengok keadaan hidangan yang tidak meragukan, so apa lagi sorang2 order satu
hidangan, siap add on lauk2 tempura. Yang bestnya makan kt restoran jepun ni, air
green tea akan diberikan free, so minum la brapa banyak yg nak.
Dah kenyang, tenaga dah pulih masa untuk teruskan kembara, arah
tuju ke area Minami yang tak sempat kami jelajah semalam, akibat cuaca buruk,
cakap pasal cuaca, punya la risau sampai beli payung kt kedai 100 yen pagi td,
takut2 cuaca hujan macam semalam, tp setitik hujan pun tak de hari ni, pelik
tul ngan cuaca jepun ni, semalam punya lebat dari pagi sampai malam, hari ni
cerah, payung x keluar langsung dari beg. Sebenarnya sangat bersyukur dengan
cuaca, semua aktiviti yang di rancang dapat berjalan dengan lancar.
Seterusnya kami memilih untuk ke centre area Minama, iaitu Namba. Dari Universal City Sta. kami perlu menaiki line JR YUMESAKI menuju ke Sta. Noda, dari sini berjalan ke Sta. Tamagawa, transfer ke line subway Sennichimae untuk ke Sta. Namba, tambang tix JR train adalah 160 yen, tambang subway FOC (unlimited pass). Namba adalah kawasan bandar kedua terbesar di Osaka selepas Umeda, di kawasan ini terkenal sebagai tempat hiburan, makanan dan shopping bagi pelancong dan penduduk Osaka, sambil jalan2 di kedai2 di kaki lima Namba, aku sempat shopping fordable backpack PUMA warna ungu, harga pun murah x silap dalam 700 yen jer, satu lagi perfume Anna Sui, harga 1250 yen jer, murah kan dlm RM40++, kt Malaysia memang x dapat la kan.
Tujuan kami ke Namba ni sebenarnya untuk naik Tombori River Cruise,
yang akan belayar menyelusuri Dontoborigawa River, kiri dan kanak sungai
terletaknya restoran, hotel dan kedai2 dengan signboard
berwarna warni, antara femes sign di sini adalah Glico Running Man sign
and Kani Doraku crab sign. Cruise ni seperti biasa FOC (unlimited pass), yang
menarik semasa cruise pemandu pelancong (betul ke ni namanya yer), alah org
yang cakap2 & terang2 masa dalam cruise tu, dia ajar kitorang motion sambil
nyanyi lagu Jepun, walaupun x faham tapi semua yang join cruise slamber giler
join dia nyanyi and buat aksi2 tu..hahaha.best lah. Kitorang siap lambai2 kt
pengunjung2 kt tepi tasik and dorg pun lambai balik, haha..poyo jab
rasa..hahaha. Cruise ni memang activity wajib try ye kalau datang Osaka, mmg
fun and enjoy.
Naik ke
dari boat, kami teruskan merayau area Namba ni, kawasan ni mmg happening,
tempat lepak remaja2 jepun yang berfesyen kebaratan, n tempat tumpuan
pelancong, banyak barang2 berjenama di jual di kedai2 sepanjang jalan, tp yang
peliknya, barang2 mahal macam beg LV, Gucci, Coach diorang main letak2 je, xde
butik2 cantik, kotak kaca pameran, klu kat Malaysia macam jual barang2 lambak
kt uptown la keadaannya, tp satu2 barang mahal beb, klu convert RM mau cecah
ribu2. Kaki dah penat merayau kami kembali ke Sta. Namba, amik subway Midosuji
line balik ke Sta. Doubutsuen-mae.
Sampai kt Sta.
Doubutsuen-mae. Kami tak terus balik ke Hotel Taiyo, ada lagi satu destinasi
perlu di jelajahi, tengok jam, sempat lag ink kejar waktu tutup untuk masuk ke
Tsutenkaku Tower, untuk ke tower ni kami melalui kawasan Shinsekai yang
terkenal dengan tempat gerai-gerai makanan Jepun, walaupun lapar, tapi x brani
nak try makan di sebabkan ragu dengan status halal makanan kt cni, so bau jer
la kan, perut makin lapar. Tsutenkaku Tower ini dibina pada tahun 1912 selepas
terbinanya Paris' Eiffel Tower, tower ini pernah musnah semasa WWII dan di bina
semula pada 1956. Pada ketinggian 91 meter tower ni ada bahagian yang
membolehkan kita melihat kawasan sekitar Shinsekai dengan jelas, lawa penuh
warna-warni. Semasa kami datang ada pameran sejarah Osaka dipamerkan, so boleh
tengok perubahan seratus tahun Bandar Osaka ni. Ada juga di pamerkan patung2
watak hero2 komik jepun zaman dulu2, ada yang familiar ada yg aku x pernah
nampak, overall ok la kan, sebenarnya kami tak sempat nak hayati sangat
pameran2 ni, sebab badan dah penat, kaki pun dah sakit, so apa lagi menapak la
kami kembali ke Hotel Taiyo, odw tu sempat gak singgah kt FM beli nasi segera,
nak makan dengan lauk brahim kat bilik.
Berakhirnya
kembara untuk hari ini...
Opss..lum
abis lagi cite untuk hari ke-3 ni, macam yang aku cakap td Mas akan sampai ke
Osaka flight malam ni, so after mandi, makan dan basuh baju (ada coin washing
mechine – 100 yen + 100 yen dryer) aku dan Su berjalan ke Nankai Station untuk
jemput Mas, happy giler biler ketibaan Mas, barula cukup korum
backpackerstegar.
TBC untuk day 4..perjalanan ke Nara & Kyoto











No comments:
Post a Comment