Sarapan pagi ni Roti Gardenia dan Sambal ikan bilis Brahim, lepas sarapan, baki bekalan roti dr Malaysia masih ada, cukup untuk bekalan makan malam ni dan esok. Dalam jam 8am, kami memulakan langkah untuk meninggalkan Hotel Taiyo, sebelum tu aku sempat booking kan satu bilik single untuk Mas yang akan sampai malam ini. Mas sepatutnya tiba di Osaka bersama2 kami tetapi, tiba2 dapat tau dia ada class pada tarikh kami bertolak, so terpaksa la burn tix nya dan amik tiket baru, 2 hari lewat dr kami semua. Student part timer macam kami ni, susah nk tuang class, satu subject ada 4 hari class je, klu tuang 2 hr attendant dah minus 50%, min requirement attendant ke 80%, so confirm2 xleh nak tuang walau satu pun class. Aku, su, muazah dah amik subject ni, so kami xla mengalami masalah macam Mas.
Sambung balik, sebelum memulakan kembara, macam biasa, kami akan singgah ke kedai Family Mart bagi membeli bekalan, lepas tu singgah lagi ke kedai 100 yen untuk beli payung, baju hujan yg beli semalam dah teruk sangat, ada yg dah koyak2, biasalah harga pon 100 yen kan. Selepas selesai urusan pembelian, kami menuju sta. subway Doubutsuen-mae, hari ini plannya kami yang pertama nk g Hard Rock Cafe, Osaka yang terletak di area Minami, untuk ke sana kami perlu mengambil line Midosuji, dan turun di Sta. Honmachi, keluar dr exit sta. Honmachi, kami berjalan menujuk ke arah bangunan Hotel St. Regis, bangunan Cafe Hark Rock terletak disebelah hotel ini, sampai di depan HRC, kami kecewa, sebab tutup, belum masa operasi lagi, malas ni menunggu kami kami kembali ke sta. Honmachi untuk ke destinasi seterusnya.
Kali ini kami mengambil line Chou, untuk menuju ke Sta. Osakako, yang terletak di Osaka Bay Area, 1st kami ke Tempozan Ferris Wheel, bayaran FOC (included in unlimited pass), bende ni macam eye of Malaysia tu la, boleh tengok seluruh kawasan Osaka port and city dr atas ni, tak ramai yang berminat nak naik bende ni, atau maybe, hari masih awal, tanpa perlu beratur, kami terus dapat naik, gayat gak la bila dah smpi point paling tinggi, tp wheel ni x gerak laju pun, so xde la rasa cuak sangat, tp still berhati2 dan kekalkan balance duduk dalam ni, takut gak kan.
Lepas turun dr Feriss Wheel,destinasi seterusnya adalah aquarium,untuk ke sana kami melalui sebuah shopping complex (sambil window2 shopping) yang menghubungkan Feriss Wheel dengan Osaka Aquarium Kinyukan, aquarium ini adalah yang terbesar di seluruh dunia (memang besar), di sini ada dipamerkan 580 jenis hidupan laut dan ikan, antaranya ikan paus, jerung dan ikan pari. untuk masuk ke sini, bayaran di kenakan adalah 2,300 yen (adult >16years), 1,200 yen (child and student) dan 600 yen (child 4-6 years). Ramai pengunjung gak yang datang ke sini, ada kawasan yg kami terpaksa take turn untuk melihat pameran hidupan2 lautnya, bagi pencinta hidupan laut macam aku ni, tempat ni mmg terbaik lah, sampai aku rasa nak terjun je dalam air tu, ralat sangat tengok ikan2 yang berenang. Di tengah2 aquarium ni la terletaknya satu tank besar yang memuatkan hidupan laut yang gergasi, ikan paus, shark, pari dan lain2.
Di akhir tour kami disediakan kolam yg menempatkan ikan2 dan hidupan, yang boleh kita sentuh, apa lg, time ni la nk sentuh anak2 shark ni, awal2 cuak gak, yelah nama pun shark kan. tp nampak shark tu mcm x aktif jer, so apa lagi bergambar sakan la. Puas sudah kami menujuk ke pintu keluar, tempat ni mmg wajib datang ye kalau dtg Osaka ni, sesuai untuk semua golongan, dewasa atau kanak-kanak.
Di luar aquarium, kami mencari signboard ke St. Maria Cruise, St. Maria Cruise akan membawa kita menyelusuri Osaka Bay dalam jangka masa lebih kurang 50 minit, dalam cruise ni kita boleh memilih untuk duduk di atas deck (waktu tengah hari agak panas la) so sebab tu aku n Su memilih untuk lepak di dalam cafe yang disediakan dalam kapal, duk tepi tingkap sambil layan permandangan luar, masyuk gak la, walaupun permandangan agak terhad berbanding kalau duk atas deck. Lupa nk inform tambang naik cruise ni FOC gak as usual included in unlimited pass.
Selesai cruise, kami mencari kaunter jualan tiket Captain line, untuk menaiki kapal menuju ke Universal City Port, di mana terletaknya Universal Studio Osaka. Uniknya tentang perkhidmatan Captain line ini, semua crew2 kapal adalah perempuan, kagum gak ngan dorg, keje2 yg dilakukan agak berat, tapi senyuman sentiasa terukir pada bibir crew2 ini. Perjalanan pendek sahaja dalam 10 minit, tak sempat nk amik gambar pun, lagi satu service ni pun FOC, tp hanya untuk perkhidmatan sehala saja la, klu nak pergi balik kena la bayar, kami just amik kidmat sehala, dr universal city kami akan balik menggunakan train.
Sampai sini dulu story aku,TBC untuk cerita di universal city.









No comments:
Post a Comment