Sambungan dari...... Nippon Trip : Jejak Penjajah Bangsaku - Day 2 (Osaka Castle)
Setelah urusan check in Hotel Taiyo selesai, petugas hotel
menunjukan lokasi shower room dan public bath room (onsen) kepada kami, aku x
ambil kisah sangat sbb setahu aku, bilik yang telah aku book 2 bulan lepas
adalah attach bathroom, rupa2nya aku silap, bukan attach bathroom tp attach
toilet, hahahaha.... Tak boleh nak mandi dlm toilet tu sebab xde salururan air,
klu mandi confirm habis banjir lantainya.
Tapi yang best pasal bilik kt japan ni, yukata (pakaian
musim panas – macam kimono) di sediakan, so agak convenient la nk g kluar
mandi, pakai yukata je. Kami mengambil masa seketika untuk berehat ,
menbersihkan diri dan makan sebelum pengembaraan diteruskan.
Hujan memcurah2 dan lebat, tapi semangat untuk meneroka Bandar
Osaka ini tetap tebal, kami berlari menumpuhi hujan menuju ke subway Sta.
Doubutsuen-mae, destinasi kami kali ini adalah area Umeda, sampai di sta.
Umeda, macam biasa hilang arah seketika, exit terlalu banyak, ambil keputusan
keluar je exit mana2 dulu, kt luar br cari arah. Hujan sangat lebat dan angin
bertuip kencang, td sblm kluar ada terbaca di website japan news tentang typhoon
yang akan melanda, katanya di bahagian Tokyo, mungkin sebab itula cuaca kt
Osaka ni juga tak berapa baik, berpandukan map kami mencari arah menuju ke
bangunan Yodabashi Umeda, di sini terkenal menjual barang2 elektronik dan jam.
Pusing2 melihat barang2 yg dijual disini, sempat jugak aku beli jam tangan,
buat basahan time travel ni...Aku mmg x suka pakai jam, lgpun kt kilang mmg
peraturan kerja, jam tidak dibenarkan dipakai tanpa cover.
Selepas hujan agak reda, dengan berpandukan peta kami
navigate menuju ke bangunan Shin-Umeda City, tujuannya untuk ke ‘The Floating
Garden Observatory’, fee masuk FOC (termasuk dalam pakej unlimited pass), untuk
ke bangunan Shin-Umeda City ni, kami perlu melalui underground walkway,
lokasinya gak terkebelakang dr center Bandar Umeda, kawasan sekitar bangunan
ini gelap dh sunyi ketika kami sampai, dalam hati betul ke ni tempatnya, kenapa
xde org pun, ada papan tanda tunjuk ke tempat kaunter penerangan, tapi bila
kami ke sana, kaunter itu telah tutup, alamak....mana nk tuju ke mana ni, last2
ada beberapa pelancong dtg dan kami pun ikut arah yg mereka tuju, sesat jugak
la kan, naik lift salah tingkat, tp akhirnya berjaya juga masuk ke ‘The Floating Garden Observatory’ ni, naik ke
tingkat paling tinggi, di tinggat itu ada satu kawasan open air, kita boleh
melihat keseluruhan Bandar Osaka dr situ, disebabkan hari telah malam, cuaca
hujan dan angin kencang, kami tidak lama berada di tingkat atas ni, nk tangkap
gambar pun susah. Nasib x berapa baik buat kami hari ini, akibat cuaca buruk.
Kami menuju semula ke sta. subway Umeda, sepatutnya
destinasi kami seterusnya adalah untuk explore area Minami, tp akibat
kepenatan, dan cuaca yang kurang menarik, kami batalkan rancangan kami dh
kembali ke Hotel.
TBC




No comments:
Post a Comment