Wednesday, October 2, 2013

2.1 Nippon Trip : Jejak Penjajah Bangsaku - Day 2 (Osaka Castle)

Bersambung dari....Nippon Trip : Jejak Penjajah Bangsaku - Day 2 (KIX-Taiyo Hotel)

Setelah selesai urusan penyimpanan baggage, kami menuju ke sebuah kedai serbaneka Family Mart (FM) yang lokasinya berdekatan dengan hotel, FM ni kami perasan kewujudannya sewaktu tercari2 lokasi hotel tadi, juga berdekatan ada sebuah kedai 100 yen, FLET's, tp disebabkan belum pukul 9 am, kedai itu masih belum dibuka. Kami membeli bekalan sarapan di FM, niat hati nak cari baju hutan sekali, tp memandangkan harganya agak mahal 550 yen, hasrat dibatalkan, nnti cr kt kedai 100 yen jelah. Aku beli sarapan energy drink (mcm 100 plus tu) dan sushi Inari (makanan rasmi aku semasa di jepun). Kami lepak di tepi jalan depan FM sambil menikmati 1st Japan Meal kami, hahaha...

(Inila rupa meal rasmi aku, INARI - tp yg ni bukan beli kt FM la)

Inarizushi (稲荷寿司) is a pouch of fried tofu typically filled with sushi rice alone. It is named after the Shinto godInari, who is believed to have a fondness for fried tofu. The pouch is normally fashioned as deep-fried tofu (油揚げ,abura age). Regional variations include pouches made of a thin omelette (帛紗寿司, fukusa-zushi, or 茶巾寿司,chakin-zushi). It should not be confused with inari maki, which is a roll filled with flavored fried tofu. (source: Wikipedia)

Sewaktu menikmati hidangan, kami perasan perkerja FLET's sedang membuka pintu kedai, wei kedai 100yen dh bukak la, jom masuk cr raincoat..apa lagi semua serbu FLET's plak, nasib kami baik, ada di jual raincoat dengan harga 100 yen, masing2 amik sorg satu, aku juga membeli wet tisu di kedai ni, cadangnya nk mengelap badah yg dh start berlengas ni, yelah dh lebih 24 jam x mandi tu. Nasibla sapa yg duk dekat aku sure tahan hidung je..hahaha

Lepas selesai sesi membeli-belah, kami menuju ke sta. subway Doubutsuen-mae, sta. ni mmg betul2 terletak di depan kaki lima Hotel Taiyo, sonang la kan, x yah jalan jauh2.

(Map lokasi Taiyo Hotel, semua dekat, JR sta., Nankai Sta. and subway sta.)

(Subway route map, Osaka)

Dari Sta. Doubutsuen-mae, kami amik line Midosuji, ke Sta. Tennouji dan transfer ke line Tanimachi, menuju ke Sta. Tenmabashi. Setelah exit dr Sta. Tenmabashi, agak konfius gak la, mana arae nak ke Osaka Castle ni, 1st destination di Osaka, tp di Jepun ni semuanya lengkap, di luar pintu exit sts. ada satu map besar yang menunjukan kedudukan kami dan dr situ kami navigate ke Osaka Castle, menapak agak jauh jugak la kan, nk masuk ke gate utama Osaka Castle, tp yg bestnya permandangan disekitar laluan yang sgt superb...klu ni musim spring atau autumn mesti lagi lawa ni. Masa berjalan smbi berposing2 (offcoz la kan rugi la dtg jauh2 x amik gambar kan), aku memerhatikan warga2 jepun sama2 melalui jalan yg kami ikuti, paling menarik minat ke adalah gelagat sekumpulan kanak2 dan ayah mereka, si ayah berjogging manakala 3 anaknya (Abang, Kakak & Si Bongsu) berbasikal, Si Bongsu tersedu-sedu menangis sambil berkayuh basikal, kesian aku tgk budak tu, dia penat mengayuh sebab cuba mengejar abang dan kakaknya lebih ke depan, akhirnya si ayah, abang & kakak terpaksa berhenti dan rehat di bangku bagi memujuk Si Bongsu. Comel jer aku tngk family ni...so suweett.

(Di luar Sta. Tenmabashi)

(Ni la route yang kami lalui untuk ke gate Osaka Castle, cantikkan)


(Ni la family yg aku cakap tu, yg bongsu tu x nmpk, dia duk sebelah ayahnya)

Langkah kaki diteruskan, dlm perjalanan jumpa sebuah tandas awam, aku ambil kesempatan untuk mandi kering - alah lap2 badan guna wet tissue tu, pastu sembur pewangi, so xde la bau busuk kan, kang malu kt tourist2 lain kt Osaka Castle tu, mencemar nama negara Malaysia kan..kan..huhuhu...poyos

Banyak betul persinggahan kan sebelum sampai destinasi pertama ni. akhirnya kami tibe di entrance Osaka Castle, taman dalam castle ni lawa sangat, bangunan2 pun cantik dan unik.

(Entrance Osaka Castle)


Osaka Castle (大坂城 or 大阪城, Ōsaka-jō) is a Japanese castle in Chūō-ku, Osaka, Japan. The castle is one of Japan's most famous, and played a major role in the unification of Japan during the sixteenth century of the Azuchi-Momoyama period.

The main tower of Osaka Castle is situated on a plot of land roughly one square kilometer. It is built on two raised platforms of landfill supported by sheer walls of cut rock, using a technique called Burdock piling, each overlooking a moat. The central castle building is five stories on the outside and eight stories on the inside, and built atop a tall stone foundation to protect its occupants from sword-bearing attackers.


The Castle grounds, which cover approximately 60,000 square meters (15 acres)[2] contain thirteen structures which have been designated as Important Cultural Assets by the Japanese government.
(source: Wikipedia)

Untuk masuk ke dalam bangunan OC, kami perlu menyerahka kupon OC yang disertakan dalam sampul semasa membeli Unlimited Pass, dan card pass kami, ketika ini, Muazah perasan card pass miliknya telah hilang, maybe tercicir atau terjatuh, Muazah menyuruh kami masuk terus ke dalam, dia patah balik ke laluan yg kami lalui td untuk mencari passnya.

(Outside the castle)

Untuk naik ke tingkat atas bangunan ini, ada dua cara yang disediakan, satu dengan menaiki tangga dan lg satu gunakan lift (lift ni di sediakan hanya untuk naik sahaja, nak turun sila ikut tangga ye), sbb kami dh penat berjalan, so kami memilih untuk naik lift, tp kena la beratur skit, ada seorang pakcik ditugaskan menjaga di depan lift, dia akan mengawal jumlah tourist yang menaiki lift, nak elak overload dan jugak elak org potong line kot.

Satu yang aku suka di Jepun ni, senior citizen (org tua) diberikan layanan istimewa, atuk2 & nenek2 akan diberikan keistimewaan untuk memotong barisan untuk naik lift, tp satu kejadian yg agak x seronok terjadi, maybe ramai yang x sedar tp aku dan geng nmpk dengan jelas, ada sekeluarga tourist ni, aku rasa dr one of Amerika Latin country la, mula2 dia kecoh2 konon nak tanya soalan kt petugas, tiba2 di mencelah masuk dalam line, depan skali plak tu, time guard arrangekan sorg atuk tua berkerusi roda dan pembantunya untuk naik lift dulu, keluarga ni buat kecoh, kononnya turn dorg kena potong, geram je aku tgk...dh la potong line, kurang ajar plak tu, pak cik guard duk cakap 'chotto matte kudasai' (tunggu sekejab) suruh mereka sabar menunggu. Sabar jelah kan...

Barang2 pameran dalam OC ni banyak yg menarik, tp yang paling best bila berada di aras paling tinggi, dari sini permandangan sekitar bandar Osaka boleh di lihat, kata org view nya lg cantik masa spring, sebab boleh nmpk pokok2 cherry blossom and sakuka mekar.



(View of Osaka City and OC garden from observation deck)

(at observation deck)

(miniature yang mengambarkan keadaan perang semasa era Toyotomi )

Semasa, kami bz posing2 kt observation deck, Muazah sampai, dia menemui semula card pass nya di area toilet tempat kami singgah td, nasib baik, kalu x rugi 2700 yen. 

Lepas sepas puas menikmati barang pameran di OC, kami kembali semula ke Hotel Taiyo, untuk urusan check in dan berehat.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment