Tuesday, March 25, 2014

#MH370 dan Pak Uda ku dalam kenangan

As Salam,

Semua pasti sedang berduka dengan berita tentang pengakhiran pesawat MH370 seperti yang di umumkan oleh PM semalam. Walau mungkin aku tiada langsung kaitan hubungan dengan seluruh penumpang dan krew, sama ada sebagai kenalan mahupun pertalian darah, tapi kesedihan mereka turut ku rasakan.

Terkenang kembali peristiwa kira2 23 tahun yg lalu, di tahun 1991, di mana keluargaku turut mengalami kehilangan yang sama. PAK UDA ku, adik kepada mama, turut meninggal akibat kemalangan pesawat udara. Ketika itu PAK UDA dalam latihan pengendalian pesawat PC-9 di sebuah pusat latihah penerbangan di Australia. Jet yang dinaiki Pak Uda dan jurulatihnya terhempas dalam satu sesi latihan yang di adakan pada waktu malam.

Aku ingat lagi ketika waktu itu, aku dalam darjah 1, hari itu aku tidak ke sekolah kerana mengalami deman, sewaktu di rumah tiba2 mama dan abah pulang, bersama abangku, terus mengarahkan kami segera bersiap untuk pulang ke kampung ku di Sri Menanti. Aku tertanya2 apa yang berlaku, kerana melihat mama kesedihan, akhirnya ku ketahui, berita yg mengejutkan itu dan mula menangis, Pak Uda adalah bapa saudara kesayangan semua anak2 buahnya. Pak Uda, masih bujang, oleh itu dia la yang selalu melayan kerenan kami semua bila kami pulang ke kampung.

Pelbagai kenangan terindah yang masih segar dalam ingatanku, Pak Uda sering membawa kami, anak2 buahnya bersiar2 dengan menaiki keretanya, Pak Uda juga sering singgah ke kedai di pekan Sri Menanti dan membenarkan kami memilih jajan, ais krim atau choclate yg di gemari. Waktu kanak-kanak, perkara2 begini sesuatu yg sangat mengembirakan.

Ada satu hari, kami, aku, along bersama sepupuku yang lain naik di bawa Pak uda ke pekan seperti selalu, dalam perjalanan balik dari pekan, kami terlihat ada seekor burung yang tercedara di tengah jalan, Pak Uda memberhentikan kereta, dan mengambil burung itu, dan kami bawa balik burung itu ke rumah uwan. Di rumah Pak Uda merawat kecerderaan burung itu, kami semua sangat teruja ketika itu, bukan senang nak tgk burung depan mata. Apa yg terjadi pada burung itu tidak pula aku ingati.

Satu lg kenangan, sebelum Pak Uda berangkat ke Australia,  dia balik bercuti di kampung, dan ketika itu juga aku dan abang ku, Along di tinggalkan di kampung oleh mama, aku dan Along banyak menghabiskan masa dengan Pak Uda, malah Pak Uda turut membawa kami ke Istana Lama Sri Menanti, dan mengambil gambar kami. Aku sangat gembira ketika itu, kerana di bawa berjalan oleh Pak Uda, ketika itu siapa menyangka, itulah kali terakhir aku dan along menghabiskan masa bersama Pak Uda.

Jasa Pak Uda, tidak hanya berakhir selepas pemergiannya dia, dengan duit insurance dari kecelakaan itu, banyak membantu belanja persekolahan semua anak2 buah nya, adik- beradik Pak Uda iaitu mama, dan pakcik makcik ku, bersetuju, untuk melaburkan duit insurance itu dan hasil dr pelaburan setiap tahun di gunakan untuk menampung belanja persekolahan kami saban tahun dan juga menjadi hadiah penghargaan sekiranya kami memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM. Aku juga salah seorng penerima hadiah tersebut, sewaktu menperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan2 tersebut.

Al-Fatihah buat Pak Uda dan warga #MH370 yang beragama Islam..semoga roh mereka semua dicucuri rahmat...

No comments:

Post a Comment