4.1 Nippon Trip : Jejak Penjajah Bangsaku - Day 4 (Arrival to Kyoto)
Baru sampai story hari ke 5..lama betul pending cerita kembara jepun ni, pemalas betul update blog. Banyak lg travellog yang pending nak di abadikan..tolong jadi rajin skit ye chep...hehehe
Hari ke-5 kembara kami, pagi ini kami menuju ke Kiyozumidera Temple dengan berjalan kaki, tgk dlm peta temple tu tak jauh letaknya dari hotel kami, Kyoto Rich Hotel tu yg ambil keputusan nak jalan kaki jer, rupa-rupanya kami tertipu dgn jarak dlm peta berbanding jarak sebenar, mmg jauh gak la menapak tp sepanjang jalan kami semua sibuk merakamkan gambar2 yang dirasakan menarik disepanjang perjalanan.
Jalan ke Kiyozumidera agak mendaki, di sepanjang jalan terdapat banyak gerai2 menjual cenderamata2 berunsur jepun, kawan2 ku berhenti di gerai2 untuk melihat dan membeli cenderamata yang dipamerkan, disebabkan aku kurang berminat jadi aku dan alai meneruskan pendakian kami terus ke atas, hujan pun turun renyai2 di sepanjang pendakian kami, nasib baik ada payung yang dibeli di Osaka.
Sampai di tangga menuju ke temple kami berehat seketika, hajatnya nak tunggu kawan2 lain, tunggu punya tunggu x nampak batang hidung, sakan betul dorg shopping ni...hehehe..so aku dan alai amik keputusan untuk terus masuk ke dalam temple. Ramai juga pengunjung warga tempatan yang datang ke temple ni, rombongan budak sekolah pun ramai. Ada beberapa bangunan dalam kawasan temple ini yg sedang dalam pengubahsuaian, so area itu di tutup untuk pengunjung, tp banyak lg area yang boleh dilawati, taman di sekitar temple juga sangat cantik, tengok je gambar yang berjaya aku rakamkan ini;
Famous view of Kiyozumidera
Posing around Kiyozumudera
Jalan turun dari bangunan temple utama
Sempat amik gambar dgn pelancong taiwan di laluan ke temple
Destinasi seterusnya kami perlu ke station kyoto, untuk menyimpan beg di loker yang disediakan di sana, untuk ke sana kami perlu menaiki bas, dh siap tanya pada receptionist hotel bas no berapa yg perlu di naiki, tp alamak..kami buat silap jugak dlm keadaan kelam kabut nmpk satu bas terus kami naik, no bus dh betul tp bas tu menuju ke arah yang berlawanan, bila bus dh gerak bauru perasan kita dah silap bas, mula2 ingat bus ini akan buat satu pusing juga dan akhirnya kami akan sampai Kyoto station juga, tapi rupanya kami silap, nasib baik pemandu bas itu baik dia menunjukan kepada kami bas apa yg kami perlu ambik dan menurunkan kami di satu bas stop untuk bertukar kepada bas yg betul. Time kelam kabut nak kejar bas yg menuju ke Kyoto sta. ni, satu lagi kejadian berlaku, aku, su dan alai berjaya naik bas ini, tp mas and muazah x sempat. Macam2 kan..drama sangat..Mas dan Muazah berjaya naik bas seterusnya yg menuju ke Kyoto station, dan sementara menunggu mereka sampai di Kyoto stat, aku sempat singgah ke post office yg terletak bersebelahan Kyoto sta. beli stamp dan postcard.
Dalam bas menuju ke Kyoto Station
Semua dah selamat sampai ke Kyoto sta., lepas simpan beg di loker, kami ambil keputusan untuk mengunakan subway menuju ke destinasi seterusnya Kyoto Imperial Palace, KIP, walaupun kami dah beli Kyoto bus pass tp memandang masa yg agak terhad dan kami perlu sampai ke Kyoto Imperial Palace tu sebelum jam 2pm itu sebabnya kami memilih mengunakan subway sahaja. Ambil subway Karasuma Line dan turun di sta. Imadegawa, masa kami sampai kawasan Imperial Palace, tour telah bermula, kami sampai lewat 10 minit dr waktu yang ditetapkan, tapi disebabkan aku dh daftar nama kami semua awal2 untuk tour ini dan dah ada permit yang dikeluarkan oleh penganjur, so pengawal istana membenarkan kami masuk walaupun kami dah lewat, nasib baik, klu datang walk in jer confirm x dpt masuk. Untuk dapatkan permit lawatan boleh daftar online di website ini. Tour in english hanya ada dua kali sehari jam 10.00 am dan 2.00 pm sahaja.
Binaan istana ini sangat cantik dan kemas, dan istana ini masih lagi digunakan untuk urusan2 rasmi Maharaja Jepun, KIP ini dah dibina sejak 1855 lagi, tapi teknologi binaanya amat ku kagumi, setiap structure ada fungsi2 tertentu, bahagian bumbung istana adalah bahagian binaan yang sangat unik, ianya dibina diri kulit kayu sejenis pokok yang di buat berlapis2. Tour ini amat informative, menbuatkan kita memahami cara hidup dan sejarah golongan diraja Jepun. Dalam tour ini kami berjumpa dengan seorang warga Malaysia, seorang 'leng chai' dr Ipoh dan girlfriendnya warga Australia. Mula2 agak terkejut kerana di sapa dalam bahasa melayu, last2 kami ketawa sesami sendiri bila tau dia orang Malaysia. Orangnya peramah, dia bersungut dengan cuaca di Kyoto yang ketika itu agak panas. hehehe.

Binaan istana yg kemas dan mengkagumkan
Ramai gak pelancong yg join tour ptg ini
Kami
Taman di perkarangan istana
Panjang gak aku tulis kali ni...so cukup la kan...pas ni aku sambung lagi kisah kembara kami ke golden temple dan journey to Tokyo by shinkansen..








No comments:
Post a Comment