Monday, February 3, 2014

5.1 Nippon Trip : Jejak Penjajah Bangsaku - Day 5 (Dari Kyoto ke Tokyo)

Sambungan dari:

5.0 Nippon Trip : Jejak Penjajah Bangsaku - Day 5 (Around Kyoto)

Selepas tamat tour di Imperial Palace, kami terus mencari bus stop untuk ke destinasi seterusnya, kali ini kami berpecah dua, aku, Alai n Su menuju ke Kinkakuji Temple (Golden Temple), Mas n Muazah pula menuju ke tempat yang lain. Dari bus stop Karasuma Imedegawa (bus stop yg terhampir dengan Imperial Palace) boleh naik bas 102 yang akan menuju ke Kinkakuji Temple. Tapi sebab kami tersalah amik turn so kami end up menunggu di bus stop yg bukan menjadi hentian bas 102. Sistem bas di Kyoto, bas hanya akan berhenti di bus stop yang ditetapkan, walaupun sesebuah bus stop ini adalah dalam laluan laluan bas, tp sekiranya bas itu tidak ditetapkan untuk berhenti di situ, macam mana korg tahan pun, confirm sia2. Bila dah tau sistem ni, kami terpaksa naik bas dan turun semula ke bus stop yang menjadi laluan bas 102. Nasib baik mmng gunakan one day bus pass, kalau x rugi je bayar tambang 2 kali.

Sewaktu perjalanan dengan bas ni, 2 situasi yang membuat aku kagum, adalah sistem perkhidmatan sosial di sini, di satu hentian, yang pertama, ada seorang warga Jepun yang berkerusi roda hendak menaiki bas, drive bas berhenti dan turun ke pintu bas untuk memesang platform bagi membolehkan kerusi roda itu naik ke atas bas, kemudian dia menolak warga Jepun itu naik ke atas bas, sebelum kembali ke kerusi pemandu dan meneruskan perjalanan. Situasi ke-2 pula, bila ada penumpang buta yang menaiki bas, sistem bas, pemandu akan mengumumkan nama setiap bus stop yang akan bas berhenti, jadi warga buta itu hanya perlu alert pada announcement oleh driver, bila driver mengumumkan bas akan berhenti ke destinasi yang dia tuju, penumpang buta itu terus bangun untuk turun. Bagi aku nmpk sistem ni macam mudah tapi banyak kebaikannya, bukan sahaja kepada penumpang buta tadi, tapi juga kepada para pelancong.

Sambung cerita semula, sampai di Kinkakuji Temple, hanya aku dan Alai sahaja yang masuk ke dalam, Su hanya menunggu kami di luar, dia duduk di kerusi di luar temple di sebabkan kakinya sakit (melecet) akibat banyak sangat berjalan. Masuk dalam, ramainya pelancong2, sampai nk amik gambar pun susah, temple emas ini terletak di tengah2 tasik, so kami berpeluang mengambil gambar dari jauh, lanskap di kawasan temple ini juga sangat menarik, so posing je lah kami kan, kami buat satu round di track yang disediakan, di hujung track ada kedai cenderamata, aku tgk pelancong2 omputih banyak giler borong barang kat kedai ni, aku just beli postcard je, cukupla buat kenangankan, boleh anta terus ke rumah.







Lanskap sekitar Kinkaku-Ji

Posing sakan...


Dah settle round Kinkakuji ni, kami berjalan semula ke bus stop untuk mengambil bas ke Kyoto Station, perut pun dah lapar giler, seharian berjalan makan pun lupa, sampai Kyoto station terus cari makanan, tp makan roti and beli inari kat lawson. Cukup la untuk alas perut. Kami lepak di kaki lima dalam Kyoto Station, sementara menunggu Mas & Muazah, dan menanti waktu boarding ke Tokyo. Awalnya plan ke Tokyo nak bas Wiler, tp akhirnya kami ubah plan naik Shinkansen (ketapi peluru), dah dtg Jepun jauh2 xkan xtry naik bende alah ni, terasa rugi pulak, nak datang lagi tah biler plak. Tiket keretapi ke Shinjuku, Tokyo telah kami siap2 beli semalam, dr Kyoto sta. ke Tokyo sta. naik shinkansen, Tokyo sta. ke Shinjuku naik train Chuo line. Total cost Kyoto - Shinjuku 12,710 yen, lebih kurang RM430....mahal giler. Lebih mahal dr ticket one way flight KL-Tokyo..huhu..

Lepak tepi walkway tunggu boarding time



Inside Nozumi Shinkansen


Tiket keretapi termahal yang pernah dibeli....puhhhh


Selepas semua telah berkumpul, kami amik semula beg yang di simpan di dalam locker, terus gerak ke boarding area Shinkansen, kami bertolak dr Kyoto lebih kurang jam 7.20 pm dan sampai ke Tokyo sta. pada jam 10.00 pm, pejalanan sejauh 500 km hanya mengambil masa 2 jam 40 minit. Dari Tokyo sta., kami mengambil Chuo line menuju ke Shinjuku sta. dan dari Shijuku sta. perlu lagi tukar train ke Odakyu line menuju ke Ikuta di mana terletaknya Hostel rakan kami yang sedang melanjutkan study Meiji University. Dari Tokyo station ke Ikuta sta. amik masa lebih 1 jam perjalanan jugak. Kami tiba di Ikuta lebih kurang jam 11.30pm. Lepak sekejab di station sementara menunggu rakan kami Fyad datang menjemput. Dari Ikuta sta. perlu berjalan menaiki bukit dalam 15 minit gakla baru sampai ke Hostel Fyad. Penat giler, banyak betul kaki ni berjalan hari ini.

Tapi yg bestnya, bila sampai di rumah Fyad, dia dah siap masakan kami nasi dan lauk salmon masak asam pedas, best giler beb..sangat berterima kasih dengan Fyad. Kt Jepun ikan salmon ni murah, smpai kt Malaysia x mampu rasanya nk bual salmon masak asam pedak ni, sepotong je mau berpuluh ringgit. Lepas makan dan menbersihkan diri, semua tidur dengan nyenyak. Esok kena bangun pagi...ke destinasi pertama di Tokyo...

TBC




No comments:

Post a Comment