Monday, February 24, 2014

Futsal Kelab Proton TGM 2014

Ni story pasal aktiviti Kelab Proton...

Dah lama rasanya tiada aktiviti yg dianjurkan oleh Kelab Proton TGM ni untuk ahli2 nya, maka akhirnya pada 22 Februari 2014 (Sabtu lepas), Kami telah menganjurkan Pertandingan Futsal tertutup khas untuk ahli-ahli yang bernaung di bawah Kelab Proton Tg. Malim. 24 pasukan telah mendaftar sebagai peserta. Perserta2 ni terdiri dari perbagai department yang ada di PTMSB.

Acara di jadualkan bermula pada jam 9.00 am, tp seawal 7.30 am aku dah bergerak meninggalkan rumah untuk menuju ke gelanggang pertandingan DDS Futsal, Bandar Behrang 2020. 

Sampai di DSS Futsal, beberapa orang AJK dan perserta dah sampai, awal betul dorg ni, semangat ni yang penting. Macam biasa kitaorang mula membuat persiapan dan mula buka kaunter untuk pendaftaran pasukan. Alhamdullilah semua 24 pasukan yang berdaftar hadir sebelum pertandingan bemula.

Perlawanan di mulakan mengikut jadual selepas majlis perasmiaan dan bacaan doa ringkas, perlawanan awal di adakan secara kumpulan, ada 8 kumpulan dengan 3 team setiapnya, dan hanya juara setiap kumpulan yang layak untuk ke peringkat suku akhir. Di peringkat suku akhir 4 pasukan dari department ku berjaya melayakan diri, tapi agak malang kerana mereka terpaksa bertempur sesama sendiri untuk layak ke pusingan separuh akhir. Sebab itu hanya 2 pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir, team Pre Trim FC dan Exora FC. Lepas berhempas pulas di pusingan separuh akhir, team Pre Trim FC berjaya layak ke Final menentang team No Entry.

Tapi akhirnya team Pre Trim tewas juga dalam perlawanan yang sengit, 3-2 not bad la, apa pun aku bangga dengan semangat kesukanan yang di tunjukan oleh semua team-team yang bertanding, yang penting tiada kejadian2 tidak diingini berlaku sepanjang pertandingan. Alhamdulliah.

Dalam jam 2.30 pm semua selesai, kami AJK dijamukan dengan makan tengah hari yang paling sangat best oleh owner DSS Futsal. Alhamdullilah sedap dan kenyang kami semua.

Keputusan keseluruhan Futsal 2014

Johan : No Entry (Body Shop)
Naib Johan : Pre Trim FC (TF Shop)
Ke-3 : Exora FC (TF Shop)
Ke-4 : Letok Je Le FC (Paint Shop)






No comments:

Post a Comment