Mlm nya kami meneruskan xtvt, mula2 kami ke pekarangan bangunan KTM, posing2 sebarang dua...
Mulanya nk menuju ke dataran merdeka, tp sebab takut x smpt dn mengejar waktu tayangan, kami batalkan niat ke dataran merdeka dan terus memandu menuju ke Berjaya Time Square. Sebelum bertolak td kami dh siap2 booking online ticket movie TANDA PUTERA...patriotic x kami..huhu...Aku yang sebenarnya beria nak tengok cerita ni, aku tggu cerita ni dr tahun lepas, asik tangguh je tayangan nya.
TANDA PUTERA ni megisahkan tentang jasa PM ke-2 dan TPM ke-2 Malaysia, Tun Razak dan Tun Dr. Ismail, kisah bermula sewaktu peritiwa 13 Mei 1969, yg mengorbankan ramai jiwa2 di Kuala Lumpur. Dari filem beberapa tokoh negara ku kenali, antaranya Ketua Polis Negara Tun Hanif, yang dilantik sebagai ketua polis dalam usia muda 35 tahun.
Mula2 masuk panggung, aku agak terkejut, panggung kosong, huyyyoo..xkan kami bertiga je tgk citer ni dlm panggung yang serba besar ni, aku n b siap posing bagai, sebelum kami duduk di kerusi yang telah di book, tak lama ada juga beberapa org yang masuk, tp aku rasa penonton mlm tu dalam 15 org jer, penggung mmg kosong.
Tapi bagi aku cerita ni sangat best, dan memberi impak kepada anak2 selepas merdeka seperti aku untuk makin menghargai jasa2, tokoh2 dan negarawan2 yang berusaha keras bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.



No comments:
Post a Comment