Perjalanan dimulakan seawal pukul 7.45 pg menuju ke KL, mulanya plan nk drive ke KL and parking kereta kt rumah SU, tp last minute change plan, kebetulan my MEBM classmate a.k.a Hafiz ada class kt UTM so aku tumpang dia ke KL, nnti SU akan jemput aku dari sana.
Aku lepak rumah SU sebentar, tggu last preparation by SU, time tu sempat lg SU beli travel insurance dengan Ace Jerneh, aku dh siap beli awal2, kami pilih Ace sebab urusan pembelian boleh dilakukan online, and harga policy and coveragenya memuaskan. Harga untuk travel insurance for individual, Asia Pacific, 10 days cover adalah RM41.50 (termasuk stamp duty). Ada yang berminat boleh ke link ini, ACE JERNEH.
Aku n SU gerak ke KL Sentral, dengan khidmat teksi, yg di book SU melalui apps Taxi, sangat convenient x smpi 5 minit taxi dh sampai untuk pick up kami, aku yg 1st time tau pasal apps ni jadi kagum giler..yelah sejak duk Tg. Malim ni memang xpernah gunakan khidmat teksi2 ni.
Sampai KL Sentral aku n SU sempat sarapan di Chicken Rice Shop, lega sebab sejak pagi aku x makan apa2 yg berat. Dalam kul 12.00 pm kami gerak menuju ke LCCT, seperti biasa kami memilih naik KLIA Transit, walaupun terpaksa bertukar naik bas di Sta. Salak Tinggi, tp aku lebih percayakan cara ini, aku ada pengalaman ngeri naik bas dr KL Sentral ke LCCT tp disebabkan jem, bas lewat sampai hampir 1.5 jam dr jadual asal, smpi2 LCCT terpaksa berlari untuk drop baggage, so lepas kejadian tu, mmg serikla nk naik bus lg, x pasal2 kang menangis x berlagu kena tinggal flight. huhuhu..
(Dalam ERL menuju ke Salak Tinngi)
Di LCCT segala urusan drop baggage and check in berjalan lancar, sebelum masuk boading room sempat lg singgah kt Pusrawi Shop, beli ubat batuk dan panadol, sebab keadaan kesihatan aku x begitu memuaskan, dlm seminggu sebelum trip aku deman, selesema and batuk teruk. Alhamdullilah, flight kami petang mengikut jadualnya, tak delay, dalam flight aku duduk asing dr geng2 yang lain, sebab kan kami lambat masuk kapal, kes malas nk beratur panjang2 so aku dapat tempat duduk yang paling luar dlm row aku, rasa x best la kan, sebab x leh tengok tingkap, tp ada hikmahnya, sepanjang perjalanan aku terpaksa selalu ke toilet, disebabkan batuk dan selesema, so mudahla pergerakan aku, x perlu nak susemasen2 minta laluan nk kluar.
Dalam flight kena isi borang arrival and custom declaration, mula2 aku daif, g declare barang2 makanan yang aku bawak, beras, pax brahim, sardin... nasib baik SU datang ke tmpt aku, dia ckp x yah declare, kang xpasal2 kena check, so terpaksa aku minta set baru declaration foam tu. So biler sampai Kansai Airport kami lepas dari segala pemeriksaan di kaunter Kastam, sampai kt kaunter Imigresen Japan pun segala berjalan lancar, pakcik imigresen tu siap ucap "Selamat Datang" lagi kt aku, konfius jap, ni Jepun ke Malaysia..huhu.
(Selamat sampai at Kansai Airport, Osaka)
Settel semua urusan, kami terus ke tingkat 2 cari tempat untuk tido malam ini, mmg dh plan malam pertama kami akan tido di airport, dapat port yang agak best, sebab area tu nampak lengan so selesa la nak baring2, tapi rupanya, makin lewat malam, ramai gak yang datang lepak kt port kami ni, aku & SU bergilih ngan MUAZAH and ALAI untuk ke toilet, bagi memastikan barang2 kami terjaga, dari bacaan aku melalui web kt KIX (kansai airport) ni ada perkhidmatan shower room, dengan meneliti template KIX yg kami amik dr information kaunter, aku & SU menjejaki lokasi shower room itu, tp malang bagi kami, untuk gunakan shower room kami perlu menyewa perkhidmatan di KIX lounge selama 2 jam, dengan bayaran 300yen bagi setiaap 30 minit. Bayangkan klu nak mandi kena bayar 1200 yen (4 x 300 yen) + 300 yen (shower) = 1500 yen (RM50++) hanya untuk mandi, maafla, banyak lg bende boleh beli dengan duit tu.
So kami hanya ke toilet untuk cuci muka n gosok gigi sebelum tidur, satu benda yg aku amat kagum , toilet kt Jepun ni teramat-amat-amat-amat bersih, dan canggih hehe, mula la tangan gatal duk tekan main2 button kt toilet tu, jakun kan..huhuhu..
Aku n SU agak susah nak lelapkan mata malam itu, so kami tinggalkan Muazah dan Alai, dan ronda2 di sekitar kawasan airport, kami perasan ada traveller2 yang tidur di berselubung selimut berwarna biru, mesti dorg amik selimut ni dari satu tempat, sebab ramai jugak yang pakai, kebetulan aku n SU, menuju ke information ofis, berdekatan Lawson Mart dan Pejabat polis, asalnya nk tanya ada lagi x shower selain di airport lounge, jawapannya memang xde la kan, dalam ofis tu SU perasan ada lipatan selimut, selimut boleh di ambil dan harus dipulangkan sebelum jam 6 pagi, hanya perlu mengisi nama dalam buku log yang disediakan, so apa lagi, masing2 amik satu selimut, buat alas tido malam ni.
Lupa nk info kt KIX ni ada free wifi, so sempatla update whatsapps pada family aku dah selamat sampai, and offcoz update fb and intag...Prof Shari, pensyarah kami sungguh excited dgn trip kami ni, dia berpesan supaya kami banyak belajar tentang masyarakat n sistem di Jepun ni, pelbagai pesanan dihantar melalui fb kami sepanjang trip kami di sini.
Aku baru nak lelapkan mata, datang 2 orang polis, memeriksa kami, pasport kami di minta dan kami di soal beberapa soalan, tiada yang serious, sebelum berlalu sampat polis itu berpesan untuk menjaga barang2, mungkin ada kes curi kot sebelum ni.
(Blanket biru, tq KIX)
Aku kembali melelapkan mata...perlu rehat yang cukup untuk perjalanan esok yang panjang..



No comments:
Post a Comment