Sunday, November 9, 2014

Jom ke Bali...Indonesia lagi tahun ni.

Tarikh trip: 13-16 Sept 2014
Partner: Cik B

Aku ke Indonesia lagi...ini trip ke-4 tahun ni aku menjejakan kaki ke bumi saudara serumpun kita ini, selepas Padang & Bukittinggi (Jan), Jogjakarta (March), Jakarta & Bandung (April). Trip kali ni aku pergi berdua sahaja dengan Cik B (geng #backpackerstegar), memandangkan tiket ke Bali ni aku dan Cik B menangi semasa kami menyertai pertandingan Explore Race, Kempen Senyum yang di anjurkan oleh syarikat kami. Ajak juga geng2 lain ikut, tapi masing2 dah ada jadual aktiviti sendiri, jadi berdua je lah kami.

Kami di Bali, 4 hari 3 malam, 2 malam di Kuta, dan malam terakhir di Ubud. Alhamdulillah banyak tempat yang berjaya kami jejaki sepanjang di sini, tapi semestinya x sempat nk explore semua area, kerana masa agak terhad, mungkin ini alasan untuk aku kembali lagi ke Bali. Insya Allah.

1st day, 13 Sept 2014
Tiba di Bali dah petang, kami terus check in di Matahari Guest House, yg jaraknya tidak jauh dari pantai Kuta, aktiviti kami hari pertama; bersiar2 di Pantai Kuta, window shopping di kedai2 sepanjang jalan dr Kuta ke Legian, bergambar di ground zero monument, bersunset di pantai Kuta dan melihat satu pertunjukan keagamaan yg dijalankan di sebuah kuil yg berdekatan dengan Matahari Guest House.


Odw ke Pantai Kuta

Kuta Beach

Ground Zero Monument 


Legian walk

Sunset at Kuta Beach

Kuta Beach

Upacara keagamaan di sebuah pura.


2nd day, 14 Sept 2014
Jadual kami bermula seawal jam 4 pagi, bersama supir Pak Komang menuju ke Lovina Beach, untuk melihat Dolphin, setelah itu kami ke Pura Danau Beratan dan seterusnya ke Tanah Lot. Selepas ke Tanah Lot, kami singgah sebentar di masjid agung Bali untuk menunaikan solat, selepas itu kami ke Pura Uluwatu, selain untuk menhayati permandangan indah di sini, tujuan utama kami ke sini adalah untuk menonton pertunjukan Kecak Dance, yang dipersembahkan di sini. Setelah selesai pertunjukan Kecak, kami bergerak pulang, dan sempat singgah di sebuah kedai cenderamata Agung Bali.

3nd day, 15 Sept 2014
Pagi kami hanya bersiar2 di kawasan kuta, dan memcari agen menjual shuttle service ke Ubud. Kami bertolak ke Ubud jam 2pm dari Matahari Guest House, perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam. Di Ubud kami check in di Putri Ayu Cottage. Petang di Ubud kami hiking di Campuhan Ridge Walk hinggalah sampai ke satu kawasan penanaman pagi yang permandangannya sangat-sangat indah. Kemudian kembali semula ke central Ubud untuk mencari makan malam, sebelum pulang ke Hotel.

4th day, 16 Sept 2014
Aktiviti bermula jam 6.30 pg, kami ke area Tegalalang, untuk melihat matahari terbit di kawasan penanaman padi teres, selepas itu kami ke Pura Tempak Siring (Holly Spring) sebelum menuju ke area tanah tinggi Kintamani, untuk melihat permandangan Gunung Batur. Kemudian, kami bertolak pulang ke Hotel untuk Check Out, sebelum kami di hantar ke Airport, sempat kami pergi ke dua buah galeri lukisan, untuk aku mencari lukisan untuk di bawa pulang.

Pulau Bali bagiku sangat2 indah, ada pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini, dr pantai, tanah tinggi, kampung, budaya semuanya lengkap di sini, ada rezeki aku mahu kembali lagi untuk explore kawasan2 lain yg masih belum aku jejaki, Insya Allah

No comments:

Post a Comment