Saturday, July 13, 2013

Survey & Study on Trip to Japan

Salam,

Accually nk sambung balik entry pasal SAJ 2013, tp sebab malas nak edit gambar, entrt SAJ 2013 ditangguhkan sementara, huhu.

Entry ni just nak story tentang study yg telah aku buat untuk trip Japan bulan Sept ni. Mcm yg aku info pada entry lepas, geng2 MEBM berjaya mengoda aku untuk turut serta dlm trip ke Japan, walaupun pada awalnya aku agak berbelah bagi, sbb dah target dlm otak sept ni aku nk wat trip solo ke indochina, tp akhirnya setelah berfikir panjang, aku grap gak tix KL-OSAKA n TOKYO-KL tu. Trip kali ni agak panjang, 9 hari.

(sumber: google)


Tix dah ada maka sesi study pun bermula, trip ini akan dimulaka dr Osaka - Nara - Kyoto dan berakhir di Tokyo. Kalau ikutkan hati mmg banyak lg tempat2 yang nak dijejaki, tp jangka masa trip yg agak singkat dan budget yg agak tight, aku rasa memadailah dengan kunjungan ke tempat2 ini sahaja. Itu pun aku rasa xsemua tempat dapat kami cover.

Osaka
(sumber: google)

Plan tido dua malam di Osaka, dr survey untuk jimatkan budget trip di sini dr segi entrance fee and transportation, pembelian Osaka Unlimited Pass sangat berbaloi, pass ini terdiri dr dua jenis 1 day pass (2000 yen) dan 2 day pass (2700 yen), dengan pass ini kami boleh mengunakan perkhidmatan bus dan subway di Osaka tanpa limit, dan yang paling menguntungkan bayaran untuk 28 tempat pelancongan di Osaka adalah free.
Antara tempat yg tersenarai untuk dilawati di sini:


  1. Shinsekai Street
  2. Osaka Castle, museum and park
  3. Umeda (HEP, Umeda Sky Building)
  4. Minami (Tombori river cruise, den den town, Shinsaibashi shopping arcade)
  5. Tempozan Harbor Village
  6. Osaka Aquarium
  7. Cruise Ship Santa Maria
  8. Universal City
  9. Tsutenkaku tower
Nara
(sumber: google)

Nara akan menjadi tempat persinggahan kami sebelum ke Kyoto, masa setengah hari diperuntukan untuk melawat tempat menarik di Nara, Nara terkenal dengan tamannya yang dipenuhi rusa-rusa jinak. 

Kyoto
(sumber: google)

Kami hanya satu malam di sini, di Kyoto banyak tempat2 menarik yang menjurus kepada temple and shrine, untuk menjimatkan budget transportation di Kyoto, 1 day buss pass boleh digunakan, harga pass ini 500 yen, dengan adanya pass ini kita boleh naik seberapa banyak kali bas dalam hari yang sama. Salah satu tempat yang akan kami kunjungi adalah Kyoto Imperial Palace, untuk melawat ke tempat ini, kita perlu mendaftar di website Imperial Household Agency, bagi medapatkan permit lawatan, ada 3 jenis tour yang ditawarkan, Japanese tour, Short Tour dan English tour, English tour hanya dijalankan 2 kali sahaja sehari, 10.00 am dan 2.00 pm. Aku memilih tour pada sebelah petang, permitnya telah diperolehi, permit boleh di apply online melalui Imperial Household Agency, dan yang paling penting tour selama 60minit ini adalah free.

Selain dr Kyoto Imperial Palace, antara tempat2 yang termasuk dalam planning adalah:

  1. Fushimi Inari Shrine
  2. Kiyomizudera
  3. Gion
  4. Arashiyama
  5. Kinkakuji
  6. Nishiki Market
  7. Ginkakuji
  8. Higashiyama district
  9. Kyoto Tower
Tokyo
(sumber: google)

Di Tokyo kami akan bermalam di rumah course mate kami (MEBM UTM) yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Meiji University, secara detail untuk itinerary di Tokyo masih belum complete, banyak tempat2 menarik yang hendak dikunjungi, antaranya:

  1. Disneyland Tokyo
  2.  Hirajuku
  3. Tsujuki Market
  4. Akihabara
  5. Ueno
  6. Ginza
  7. Shibuya
tempat2 kt Tokyo aku x risau sangat, sebab ada mmbr2 yang dah biasa dengan kawasan ni.

Apa pun diharapkan trip ni akan berjalan lancar, dah lama teringain nak ke Japan, nak cari Doremon katanya..hehehe 



No comments:

Post a Comment