23 Feb 2013
Nak story pasal pejalanan kami yang panjang untuk pulang...
Tapi sebelum tu kena cite pasal xtvt menanti mentari muncul pagi dulu..
Malam last kt Koh Lipe semua excited nak nak bangun awal pagi2 esok, nak tengok sunrise kt Sunrise Beach, siap kunci jam kul 5.30 pagi tu..punye la excited, so pagi esoknya, selepas bersiap n solat subuh kami berenam menyelusuri denai menuju ke Sunrise Beach, masing2 sume x mandi pagi lg..alasan sejuk...
Keadaan masih gelab sewaktu kami berjalan, masing2 onkan lampu suluh guna hanphone, actually jalan yg kami rentas ni terpaksa melalui tepi2 rumah n tepi chalet, bukan jalan yg proper, yelah nk shortcut sangat kan, jalan yg proper dr walking street ke sunrise beach aku x tau pun, sebab time dtg ari2 pun kami redah jalan tepi2 umah org ni, kebanyakkan masa kami di Koh Lipe kami banyak lepak area walking street and pataya beach jer, sebab lebih happening kot, tu sebab x tau jalan yg proper ke Sunrise Beach ni..
Sampai tepi pantai keadaan masih gelab, mula mencari port best untuk lepak menunggu Cik Mentari Pagi, kami lepak mengadap laut, layan deruan ombak dan angin sepoi2 bahasa..ikut ati aku nk terjun jer masuk dalam laut tu, mandi pagi, tp memikirkan kami dah nk gerak balik pagi ni, kang berat plak beg ngankut baju basah, niat murni ku dimatikan..huhu
Cik Mentari mula mejengahkan sinarnya...sesi tangkap-menangkap pun bermula..
Dah puas mengintai Cik Mentari Pagi, dan berpoyo posing2..kami berjalan meninggalkan Sunrise Beach menuju ke Harmony...sesi packing dan bersiap pun bermula, kul 8 semua dh siap berkumpul di lobby Harmony untuk urusan check out, kami perlu segera ke Pataya Beach, ticket ferry yg ditempah bertolak jam 9.00 pagi dr pelantar. Untuk ke pelantar kami perlu menaiki long tail boat dari Pattaya Beach.
Pihak Harmony menyediakan perkhidmatan menghantar baggage ke Pattaya Beach, B n Muazah naik motor roda tiga bersama bag2 kami menuju ke Pataya Beach, manakala yg lain berjalan kaki menyelusuri walking street buat kali terakhir..sedih gak mengenangkan percutian pulau kami telah tamat...
On da way ke Pattaya beach, sempat lagi aku n Su singgah beli Coconut Shake...bekalan perjalanan pulang yg panjang. Dari Pattaya Beach transit ke Pelantar dan seterusnya bermula la perjalan boat ke Pak Bara selama 1.5 jam, Boat balik ni laju jugak la terhentak2 dibuatnya apabila boat berlanggar dengan ombak, disebabkan kami memilih untuk duduk di bahagian belakang ferry berdekatan dengan motor, so kurangka effect melambung bila boat memlanggar ombak, tapi dapt effect lain, air laut merecik2 mke muka kami, hahaha..nk sangat duk blakang kan...rasakan..huhuhu..
Jam 3 petang, setelah puas dengan hasil tangkapan, kami menuju ke Cathay Tour untuk mengambil backpack dan berjalan ke stesen keretapi Hat Yai, sampai di stesen keretapi sudah sedia di platform, terus naik, mendapatkan tempat masing2...excited gak la..bagi aku yg 1st time naik keretapi ni..huhuhu..sementara menanti jam 4 untuk keretapi berlepas, sempat lg kami berposing2 di stesen Hat Yai ni. Jam 4 keretapi bergerak meninggalkan bandar Hat Yai..good bye Thailand...c u next trip..
Keretapi berhenti di Padang Besar, semua penumpang diarahkan turun bersama semua barang2 untuk pemeriksaan di pihak imigresen..setelah semua selesai dan menungu seketika, kami kembali ke seat masing2 dan perjalanan diteruskan.
Bila malam menjelma mulala terasa boring, nasib baik card poker mmg dh siap sedia dalam listing wajib bawak time trip, so apa lg bukak gelanggang la...dgn kretifnya gunakan beg sebagai meja permainan di tengah2 laluan antara bed2 kami, bila ada org lalu terpaksa tarik beg ke tepi, pastu sambung semula permainan..bila dh penat kami semua pun kembali ke katil untuk beradu. Perjalanan masih panjang.
Aku n B turun di Tanjung Malim lebih kurang jam 4.00 am, yg lain meneruskan perjalanan ke KL Sentral...so tamatla sesi kembara kami 6 pengembara selipar..










No comments:
Post a Comment